Kanak-Kanak Tanpa Bernegara: Kumpulan Rakyat Sabah Mahu Rundingan

Diterbitkan: Sabtu, 1 November 2014 2:00 PM

Tan Sri Bernard Dompok

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sebuah gabungan belia di Sabah menggesa kerajaan untuk berunding dengan semua pihak yang berkepentingan sebelum memberikan kewarganegaraan kepada kanak-kanak tanpa warganegara di negeri ini.

Ia disuarakan di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat bahawa langkah itu akan mengancam masa depan rakyat yang berasal dari Sabah.

Gabungan Pergerakan Pemuda Sabah (GPPS) yang terdiri daripada Parti Bersatu Sabah (PBS), Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) dan Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) berkata langkah itu perlu dilakukan secara telus, dan dengan kebenaran daripada rakyat Sabah.

"Putrajaya perlu mengadakan konsultasi kebangsaan untuk menangani masalah tanpa negara ini melalui perbincangan dengan Kementerian Luar, Kedutaan Filipina, Unesco, NGO dan badan-badan lain untuk mencari penyelesaian," kata Ketua Pemuda PBS Datuk Jake Nointin dalam satu kenyataan.

Nointin berkata terdapat kebimbangan yang semakin meningkat di kalangan pemimpin Sabah bahawa langkah mengeluarkan sijil kelahiran untuk kanak-kanak tanpa bernegara hanya akan memenuhi kepentingan politik tertentu, dan akhirnya akan menghakis hak-hak rakyat Sabah yang asal.

"GPPS merasakan adalah tidak adil kepada rakyat Sabah yang asal yang telah tinggal di sini untuk beberapa generasi tetapi masih belum disahkan sebagai warganegara," kata beliau sambil menambah kerajaan sebaliknya boleh memberikan pas khas untuk tujuan pengenalan.

"Apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan adalah memberikan pas khas kepada kanak-kanak tanpa bernegara untuk tujuan pengenalan dan kerajaan boleh mempertimbangkan permohonan kewarganegaraan mereka jika mereka memenuhi semua kriteria," katanya.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahidi Hamidi baru-baru ini telah mengumumkan bahawa Putrajaya akan bekerjasama rapat dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Pendidikan untuk mengeluarkan sijil kelahiran kepada kanak-kanak tanpa bernegara atas dasar kemanusiaan, bagi membolehkan mereka mendapatkan pendidikan.

Beliau juga berkata masalah anak-anak tanpa bernegara yang telah lama berlaku itu boleh diselesaikan tidak lama lagi selepas pembentangan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Pendatang Tanpa Izin di Sabah.

Ketua Pemuda Upko, Arthur Sen bagaimanapun berasa kecewa dengan kenyataan Zahid itu dan berkata ia adalah satu percubaan untuk mengabaikan prosedur standard seperti yang dinyatakan dalam laporan RCI tersebut.

Beliau berkata sebarang tindakan memberikan kewarganegaraan kepada anak-anak pendatang tanpa izin perlu dilakukan mengikut laporan RCI, yang perlu diluluskan oleh kabinet terlebih dahulu sebelum dibentangkan di Parlimen.

"Apa yang Zahid lakukan adalah jelas tidak mengikuti prosedur. Apa yang lebih merisaukan, kerajaan Persekutuan harus terlebih dahulu berunding dengan kerajaan negeri Sabah mengenai isu ini dan mendapatkan persetujuan daripada Ketua Menteri Sabah," kata Arthur.

Bekas Presiden Upko Tan Sri Bernard Dompok juga melahirkan kekecewaan terhadap kurangnya konsultasi sebelum proses membuat keputusan. 

"Rasanya seperti kami diketepikan dalam hal ini. Ke mana kanak-kanak tanpa bernegara ini akan pergi selepas ini? Berapa ramaikah mereka ?," tanya beliau, sambil menambah peningkatan penduduk Sabah sudah menunjukkan peningkatan menggalakkan.

"Ini adalah apa yang rakyat asli Sabah rasa pada masa ini. Mereka bimbang bahawa mereka mungkin akhirnya menjadi minoriti di negeri ini, sama seperti apa yang berlaku kepada orang-orang asli di Semenanjung Malaysia," katanya.

Beliau juga berharap langkah itu akan dibatalkan dan kerajaan akan mencari jalan untuk mengusir mereka kembali ke tanah air mereka melalui konsultasi kerajaan dengan kerajaan.

"Kalau Perdana Menteri boleh menjadi orang tengah dalam perjanjian damai Filipina-Moro, maka tidak mustahil bagi tujuan penghantaran pulang kanak-kanak tanpa kerakyatan ini untuk berjaya. 

"Ini bukan bermaksud kita tidak bersimpati dengan mereka atau kita tidak berperikemanusiaan, kita hanya mahu keutamaan diberi kepada rakyat asli Sabah supaya mereka tidak akan berakhir menjadi minoriti," kata Bernard.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan