BN Sedia Kenal Pasti Individu Berbakat Sebagai Calon PRU14 - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 1 November 2014 2:44 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) sedang mengenal pasti individu berbakat yang berpotensi menjadi calonnya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Najib yang juga pengerusi BN berkata, ini adalah antara persediaan awal parti untuk menghadapi PRU14.

"Kita akan sedia calon lebih awal lagi. Kita perlu, pada peringkat awal ini, kenal pasti bakat dahulu sebelum kita tentukan calon.

"Keduanya, kita belum tentukan pembahagian kerusi lagi," kata beliau  selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Dato Onn di sini, Jumaat malam.

Dalam itu, Najib berkata, langkah-langkah juga akan diambil untuk memastikan kerjasama antara parti komponen BN terus diperkukuh melalui program bersama dan persefahaman pihak kepimpinan atasan.

"Kalau pihak atasan ada kepimpinan positif, saya percaya anak buah lebih senang nak ikut," kata beliau.

Najib berkata, setiap parti komponen juga perlu melihat soal dalaman parti dan memperkukuh jentera masing-masing, selain perlu menunjukkan tahap komitmen tinggi dalam memastikan kelangsungan kuasa BN.

"Mesyuarat juga bersetuju untuk menjadikan kejayaan BN dalam beberapa pilihan raya kecil baru-baru ini sebagai panduan dalam membuat persediaan lebih rapi untuk menghadapi cabaran pada masa depan," katanya.

Mengenai pilihan raya negeri Sarawak, perdana menteri berkata, BN akan membuat persiapan sewajarnya dalam menghadapi pilihan raya itu.ementara itu, Najib berkata, BN juga akan mempertingkat usaha penerangan kepada rakyat mengenai langkah-langkah yang diambil kerajaan dalam Bajet 2015, yang bertujuan untuk memperkukuhkan ekonomi rakyat dalam pembangunan negara.

Beliau berkata, ini termasuk menjelaskan kepada rakyat mengenai rasionalisasi subsidi, cukai barang dan perkhidmatan (CBP) yang akan dilaksanakan April tahun depan serta konsep ekonomi rakyat yang dukungannya yang memberi tumpuan kepada peningkatan ekonomi rakyat berbanding ekonomi kapitalis.

"Ini perlu diperjelas kepada rakyat supaya tujuan baik kerajaan dapat diterima dengan positif," katanya.


Tags / Kata Kunci: BN , PRU14 , calon

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan