Umat Islam Diminta Bantu Pihak Berkuasa Agama Tangani Cabaran Semasa

Diterbitkan: Sabtu, 1 November 2014 7:34 PM

Jamil Khir Baharom.

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Masyarakat Islam dan pihak berkuasa agama Islam di peringkat negeri digesa supaya memainkan peranan secara kolektif dalam menangani cabaran moden yang boleh memesong akidah umat Islam.

Gesaan itu dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang berkata ledakan teknologi yang pantas dan laju telah mempengaruhi golongan muda negara ini yang tidak berilmu sehingga mereka menjadi ikutan dan melakukan aktiviti yang dibuat di negara lain.
 
"Saya juga melihat ada keperluan untuk menapis program yang bertentangan dengan syariat dan batas agama, namun cabaran moden kini cepat merebak melalui pelbagai aplikasi.
 
"Dalam hubungan ini, setiap umat Islam mempunyai peranan dalam membantu pihak berkuasa agama Islam negeri untuk memperjelas batas-batas agama khususnya perkara sensitif yang menyentuh Islam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau menghadiri majlis Multaqa Guru Takmir, Kafa dan Pegawai Masjid Negeri Perlis yang turut dihadir Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.

Jamil Khir memberi contoh penganjuran program 'Touch A Dog' yang penganjurnya seharusnya tahu tentang hukum najis 'muqhallazah' atau najis berat dalam Islam yang membabitkan anjing dan babi.
 
"Saya faham bukan sahaja manusia ada haknya. Tetapi dalam Islam ada larangan tertentu mengenai binatang yang perlu diketahui dan dipatuhi oleh penganut Islam, apatah lagi jika perkara yang dilakukan melanggar hukum atau syariat.
 
"Dalam hubungan ini, kita perlu perjelaskan lagi batas agama dalam melaksanakan program sensitif.
 
"Bila Islam kata najis mughallazah, itu adalah batas yang perlu dipatuhi, bukan bererti kita benci (kepada anjing)," katanya menyentuh mengenai penganjuran program "saya ingin sentuh anjing' di Selangor yang kononnya mahu membantu orang ramai terutama umat Islam untuk mengubah persepsi mereka terhadap binatang itu.

Beliau mengajak setiap pihak supaya menjaga kepentingan dan kebaikan bersama dengan mengambil tindakan sesuai supaya isu sensitif yang menyentuh Islam tidak berulang.

Pada majlis hari ini, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha menyerahkan cek bernilai lebih RM8.2 juta kepada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis, Mohamad Sokri Husin sebagai bayaran elaun kepada guru Kafa, Takmir, para imam, pegawai masjid serta pegawai penyelaras masjid daerah dari seluruh Perlis untuk tahun ini.


Tags / Kata Kunci: Jamil Khir , umat Islam

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan