SPAD Serah Cadangan Naik Tambang Bas Ekspres

Diterbitkan: Jumaat, 31 Oktober 2014 8:22 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) telah mengemukakan kepada kerajaan permintaan pengusaha bas ekspres untuk menaikkan tambang bas sehingga 30 peratus.

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata permintaan pengusaha bas itu wajar berikutan peningkatan kos yang ditanggung dan menyerahkan kepada kerajaan untuk menimbangkannya.

"Kami fikir permohonan itu munasabah oleh kerana keperluan yang mendesak. Kita sudah membuat syor kepada kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran penjenamaan semula pakaian seragam pemandu bas ekspres Mutiara di sini, Khamis.

Syed Hamid berkata SPAD cuma menunggu keputusan muktamad daripada kerajaan untuk mengumumkannya kepada pengusaha bas ekspres.

"Saya harap kerajaan akan membuat keputusan secepat mungkin. Saya fikir apa yang pasti diteliti kerajaan tentulah tidak membebankan rakyat selain mengelak timbul masalah lain," katanya.

Syed Hamid juga berkata pengusaha dan pengendali bas ekspres Pantai Timur yang beroperasi di Hentian Putra Kuala Lumpur sudah diarah berpindah ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan berkuatkuasa 1 Disember ini.

Katanya TBS mempunyai kapasti yang mencukupi untuk menampung keperluan jumlah bas Pantai Timur selain mempunyai pelbagai kemudahan serta mampu memberi keselesaan kepada pengguna.

Syed Hamid berkata SPAD juga menggalakkan kerjasama dan penglibatan syarikat persendirian untuk membina terminal di lokasi yang sesuai di negeri masing-masing.

Tags / Kata Kunci: SPAD , Tambang Bas Ekspres

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan