Puting Beliung Di Daerah Kota Setar, 71 Rumah Rosak

Diterbitkan: Jumaat, 31 Oktober 2014 11:48 PM

Gambar puting beliung yang sempat dirakam oleh orang ramai dan dikongsi di media sosial ketika kejadian itu berlaku di sekitar Kepala Batas dan daerah Kota Setar kira-kira jam 5 petang Jumaat. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

AlOR SETAR: Sebanyak 71 buah rumah dan sebuah klinik bidan rosak dalam kejadian puting beliung yang berlaku di beberapa kawasan di daerah Kota Setar petang Jumaat.

Sehingga kini, kawasan yang dikenal pasti terlibat dalam kejadian kira-kira 5 petang itu ialah Kampung Mergong Hilir, Kampung Batin, Kampung Sungai Baru, Taman Inang dan Taman Mergong Jaya.

Tinjauan di kawasan terlibat mendapati banyak rumah penduduk rosak teruk dengan bumbung rumah diterbangkan angin dan ada rumah yang ranap. 

Sebanyak 25 buah rumah terlibat di Taman Mergong Jaya manakala di Kampung Sungai Baru, ia melibatkan 22 buah rumah, dengan satu daripadanya ranap, serta sebuah klinik bidan. Di Kampung Mergong Hilir, enam buah rumah terlibat manakala Kampung Batin (10 rumah) dan Taman Inang (8 rumah).

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kota Setar berkata pihaknya menerima panggilan awal daripada orang ramai yang memaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 5.22 petang.

"Pihak kami dan beberapa agensi berkaitan sedang memberikan bantuan yang perlu kepada penduduk yang terlibat. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku," katanya ketika dihubungi.

Kejadian yang berlaku dalam tempoh 10 minit itu juga menyebabkan beberapa pokok tumbang.

MUSNAH... Salah seorang mangsa menunjukkan rumah mereka yang musnah akibat puting beliung yang melanda Kota Setar petang Jumaat.

Seorang mangsa di Kampung Sungai Baru, Mohd Nizam Hamzah, 46, berkata dia melihat sendiri pusaran puting beliung kira-kira 100 meter dari rumahnya, yang kemudian menghampiri rumahnya.

Katanya tidak lama kemudian hampir keseluruhan bumbung rumahnya diterbangkan angin kencang.

"Saya juga nampak angin kencang menerbangkan banyak zink dalam masa kira-kira 10 minit sebelum ia bergerak ke arah Mergong," katanya.

Seorang lagi mangsa, Mohd Syafik Abdul Kadir, 15, berkata dia terdengar bunyi kuat di bahagian atas rumahnya dan kemudian rumahnya bergegar.

"Papan bahagian atas rumah saya mula jatuh. Saya berlari keluar rumah dan berlindung di tempat letak kereta rumah jiran sebelah. Saya dapat lihat pokok mangga tumbang ke atas rumah saya dan meranapkannya," katanya.

Mohd Saad Mad Isa dari Kampung Batin pula berkata ketika kejadian dia berada di dalam rumahnya apabila terdengar bunyi bising dari atas bumbung rumahnya.

"Masa itu saya dengar bunyi zink dan bila saya tengok di luar rumah, saya nampak zink bumbung rumah saya terangkat. Saya tengok rumah jiran saya pun bumbung rumahnya sudah tiada," katanya. 

Difahamkan mangsa-mangsa yang terlibat dengan kejadian itu dipindahkan ke pusat penempatan sementara dan ada juga yang berpindah ke rumah saudara mara.


Tags / Kata Kunci: puting beliung , Kota Setar

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan