Tak Mampu Pertahan Ummah Punca Ramai Muslim Sertai Jihad - Tun M

Diterbitkan: Jumaat, 31 Oktober 2014 4:45 PM

Dr Mahathir Mohamad

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Ketidakmampuan negara Islam mempertahankan ummah merupakan satu faktor menyebabkan semakin banyak umat Islam menjadi pejuang jihad, kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.

 

Beliau berkata, jika orang Islam kecewa, dan kepada orang kebanyakan yang tidak mempunyai kuasa, mereka mungkin memikirkan hanya satu jalan mereka boleh menyumbang dengan menjadi pejuang jihad.

"Untuk memujuk orang menyertai mereka, mereka akan berkata ia adalah jihad berjuang untuk Islam, tetapi ia tidak akan menghasilkan keputusan yang diingini," katanya semasa sesi soal jawab di Forum Islam Antarabangsa di sini, Jumaat.

Dr Mahathir yang juga Presiden Yayasan Kepimpinan Perdana berkata mereka juga mempromosikan idea bahawa mereka yang syahid atau mati semasa berjihad akan dimasukkan ke dalam syurga.

"Al-Quran berkata dengan jelas bahawa semua umat Islam adalah bersaudara. Tetapi bagaimana kamu boleh ke syurga apabila kamu membunuh saudara Islam kamu sendiri?," katanya.

"Kita kena kembali kepada al-Quran dan memahami bahawa terdapat had yang boleh kita pergi dan jangan biarkan orang lain merampas kefahaman mengenai Islam," kata beliau.

Terdahulu, Dr Mahathir menyampaikan ucaptama khas yang menyentuh kedudukan Dunia Islam di Tengah-tengah Orde Baru Dunia sempena Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Putrajaya 2014.

Acara selama empat hari yang bermula Khamis itu mempunyai 200 program dan aktiviti yang menarik seperti pameran buku Islam antarabangsa, pameran Masjid Al-Aqsa, pertunjukan fesyen Muslimah dan Selawat Bersama Habib Syeikh Assegaf.


iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Rabu, 19 Julai 2017 1:01 PM

Brader... Itu Pun Nak Curi Ke?

Rabu, 19 Julai 2017 12:27 PM

Aaron Aziz 'Buru' Mak Datin Kaya?

Rabu, 19 Julai 2017 7:00 AM

Shah Rukh Khan Kongsi Tips Mengurat Gadis!

Kolumnis

iklan

Iklan