Malaysia Sambut Baik Keputusan Tribunal Timbang Tara - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 31 Oktober 2014 10:18 PM

Najib Tun Razak.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia menyambut baik keputusan Tribunal Timbang Tara bahawa sebuah syarikat pelaburan bersama Malaysia dan Singapura tidak akan bertanggungjawab secara bersyarat membayar caj pembangunan bagi tanah milik bekas Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands, kata Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat.

Ia adalah bukti kepada komitmen kedua-dua negara untuk menyelesaikan pertikaian secara aman dan mengikut undang-undang antarabangsa, kata perdana menteri merujuk kepada mekanisme di dalam menyelesaikan isu itu melalui tribunal yang dilantik oleh kedua-dua negara. 

Semasa mengemukakan masalah itu kepada Tribunal Timbang Tara, kedua-dua negara bersetuju untuk menerima sepenuhnya keputusan itu sebagai muktamad dan mengikat, katanya dalam satu kenyataan di sini. 

"Kami juga bersetuju bahawa ia tidak akan menjejaskan hubungan dua hala," kata beliau.
 
Najib berkata beliau sependapat dengan kenyataan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong bahawa Malaysia dan Singapura gembira dapat mengatasi masalah itu secara aman.

Pada Jumaat, tribunal itu memutuskan syarikat M+S Pte Ltd tidak akan bertanggungjawab untuk membayar caj itu jika tanah berkenaan adalah hak mutlak M+S Pte Ltd dan jika ia telah membangunkan tanah itu seperti yang dicadangkan dalam lampiran Perjanjian Capai Persetujuan (POA).

Malaysia difahamkan dapat menjimatkan berbilion Ringgit berikutan keputusan tribunal itu.

Kedua-dua negara, dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar masing-masing, berkata mereka berpuas hati dengan proses timbang tara itu dan bersetuju untuk mematuhi dan melaksanakan sepenuhnya keputusan tribunal itu.

"Kedua-dua negara berharap dapat bekerjasama rapat untuk memperkukuhkan dan memperluaskan lagi kerjasama dua hala kita," kata Najib.

Kejayaan pelaksanaan POA secara menyeluruh telah membuka laluan bagi projek-projek pembangunan bersama selain memupuk kerjasama lebih erat antara Singapura dan Malaysia.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan