Wujud Kolej Komuniti Di Kuala Selangor - Irmohizam

Diterbitkan: Jumaat, 31 Oktober 2014 11:12 AM

Irmohizam (jubah putih depan di tengah barisan depan) selesai majlis solat hajat bersama calon SPM kawasan Parlimen Kuala Selangor, baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kuala Selangor menggesa kerajaan mempertimbangkan saranan untuk mewujudkan kolej komuniti di kawasan berkenaan untuk manfaat generasi muda negara.


Ahli Parlimen kawasan berkenaan, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, perkara yang mampu membawa hasil positif untuk rakyat itu wajar mendapat perhatian Kementerian Pendidikan.

"Kolej komuniti adalah antara contoh peluang pendidikan yang disediakan kerajaan kepada generasi muda negara," katanya ketika berucap merasmikan majlis solat hajat dan bacaan Yassin Perdana baru-baru ini.

Menjelang Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang akan bermula Isnin ini, kira-kira 700 calon SPM di kawasan Parlimen Kuala Selangor menghadiri majlis berkenaan.

Pada majlis itu, Irmohizam juga turut menyampaikan sumbangan bekas pensil kepada 2,336 calon SPM di kawasan berkenaan.

Irmohizam dalam ucapam perasmiannya menasihatkan pelajar mengenai pentingnya mengejar kecemerlangan melalui pendidikan.

"Malahan, warga Kuala Selangor seharusnya tidak melepaskan peluang untuk merebut tempat di institusi pengajian tinggi di sini seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam," katanya.




iklan

Kolumnis

iklan

Iklan