Tiada Tanah Mendap Di KLIA2

Diterbitkan: Khamis, 30 Oktober 2014 4:10 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan menafikan berlakunya mendapan tanah di kawasan memakir dan landasan pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB), sentiasa melakukan pemantauan bagi memastikan keadaan semua landasan di KLIA2 selamat untuk digunakan.

"Untuk mekluman Yang Berhormat, tidak pernah sesekali berlaku tanah tenggelam atau mendapan di landasan 3 di KLIA2," katanya menerusi jawapan bertulis kepada Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) di Dewan Rakyat pada Khamis.

Selain itu, Tiong Lai berkata, MAHB sudah menjangkakan mengenai isu tanah tenggelam atau mendapan di tempat memakir pesawat KLIA2 semasa pembinaannya.

"Keselamatan operasi dan penerbangan di KLIA2 tidak terjejas akibat mendapan dan takungan air tersebut.

"Pihak MAHB telah menjalankan kajian secara komprehensif yang membolehkan MAHB mengenal pasti dan melaksanakan tindakan berterusan yang paling bersesuaian dan praktikal," katanya.

Tambah Tiong Lai lagi, MAHB telah melakukan kerja pembaikan segera termasuk penampalan, pembaikan retakan dan pengambusan lubang.

"Selain itu, kerja menurap dan pembetulan permukaan tempat memakin pesawat bagi mengatasi masalah takungan air serta pembinaan 'slab' bawah tanah untuk mengurangkan impak 'differential settlement," kataya.


Tags / Kata Kunci: KLIA2 , Datuk Seri Liow Tiong Lai , landasan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan