Azeez Rahim Nafi Permata Negara Untuk Rosmah, Tian Chua Buat Kecoh

Diterbitkan: Khamis, 30 Oktober 2014 7:01 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Program Permata Negara (Permata) bukan diwujudkan khusus untuk isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, sebaliknya penubuhan pusat itu sejajar dengan keperluan alternatif terhadap pendidikan awal kanak-kanak., tegas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

"Isteri kepada mana-mana pemimpin kebiasaannya mempunyai minat terhadap sesuatu perkara.

"Tanpa disengajakan, isteri kepada perdana menteri kita sangat berminat dengan kerja-kerja sukarela terutamanya dengan pendidikan awal kanak-kanak," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Tian Chua (PKR-Batu) yang bertanya sama ada penubuhan Permata adalah sebagai 'tailor made' untuk menaikkan nama Rosmah.

Bagaimanapun Tian berkali-kali cuba mencetuskan kekecohan di Dewan Rakyat apabila menyifatkan bahawa program Permata adalah 'tailor made' untuk isteri Perdana Menteri.

Kenyataan Tian turut disokong oleh beberapa wakil rakyat pembangkang termasuk Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang).

Tidak berpuas hati dengan sikap wakil rakyat pembangkang itu, Abdul Azeez sebaliknya menyifatkan mereka sebagai 'busuk hati' kerana menyerang isteri perdana menteri ekoran kerja amalnya itu.

Program Permata yang dinaungi Rosmah adalah sebuah agensi yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Permata menawarkan pendekatan alternatif dalam bidang asuhan dan didikan awal khusus untuk kanak-kanak di bawah umur empat tahun.

Menerusi Bajet 2015, kerajaan memperuntukan sebanyak RM711 juta bagi mengukuhkan pendidikan awal kanak-kanak yang turut diagihkan untuk Kementerian Pendidikan, Tabika Kemas, Permata dan Tabika Perpaduan.

Tags / Kata Kunci: Permata Negara

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan