Pendapatan Tinggi Sahaja Tidak Jadikan Malaysia Negara Maju - Dr M

Diterbitkan: Khamis, 30 Oktober 2014 12:01 AM

Dr Mahathir Mohamad.

(Ubah saiz teks)

CYBERJAYA: Malaysia mungkin tidak dapat mencapai status negara maju menjelang 2020 jika hanya menekankan untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi tetapi ketinggalan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata hanya memperoleh pendapatan tinggi tidak akan menjadikan Malaysia sebagai negara maju, tidak seperti kemampuan penyeldikan dan kemahiran boleh melakukannya.

"Pendapatan Malaysia hampir mencapai negara maju tetapi pengalaman dan kemahiran rakyatnya sama seperti mereka yang berada di negara membangun.

"Pada ketika ini, saya khuatir dan tidak begitu menaruh harapan bahawa menjelang 2020, Malaysia akan menjadi negara maju," katanya.

Dr Mahathir, yang juga pengerusi Proton, berkata demikian pada ucaptamanya pada Seminar "Memperkasakan Industri Automotif Negara' di sini, Rabu.

Beliau berkata Brunei sebagai negara berpendapatan tinggi tetapi ia bukan negara maju, sambil menambah pendapatan tinggi dan produktiviti yang rendah hanya akan menjadikan kos sara hidup meningkat lebih tinggi.

"Pemikiran rakyat Malaysia terhadap penyelidikan dan pembangunan (R&D)perlu diubah. Rakyat Malaysia masih kurang memahami kepentingan R&D dan sentiasa mempersoalkan pulangan pelaburan dalam bidang ini," katanya.

Dr Mahathir berkata Malaysia merupakan satu-satunya negara membangun yang memiliki industri automotif sendiri dan negara-negara membangun sedang belajar daripada negara ini.

Industri automotif boleh menjadi pemangkin dalam menyediakan rakyat Malaysia kemahiran, pengetahuan dan keupayaan dalam bidang kejuruteraan, katanya.

Hari ini, katanya, Proton menguasai hanya 18 peratus daripada pasaran kereta di negara ini.

Tags / Kata Kunci: Dr Mahathir Mohamad , R&D , Malaysia

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan