Balak Haram: SPRM Masuk Jabatan Hutan, Pejabat Tanah

Diterbitkan: Khamis, 30 Oktober 2014 3:37 PM

Hisham Nordin

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang mengesan kelemahan syarat dan prosedur dalam sistem penyampaian Jabatan Perhutanan dan pejabat tanah di Sarawak sebagai langkah pencegahan bagi mengelak kegiatan pembalakan haram berleluasan di negeri berkenaan.
  

Langkah itu dilaksanakan susulan Ops Tukul bagi membanteras kegiatan pembalakan haram di Sarawak baru-baru ini di mana hasilnya sembilan pembalak haram didakwa kerana menyogok anggota pelbagai agensi penguatkuasaan bagi melindungi kegiatan mereka.

Pengarah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Rasuah, Datuk Hisham Nordin berkata, penahanan anggota penguat kuasa dan penjawat awam yang terbabit dalam kegiatan rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan tidak hanya berakhir dengan tindakan undang-undang, sebaliknya tumpuan kini diberikan terhadap aspek pencegahan.

Beliau berkata, Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM kini mula meneliti kelemahan setiap prosedur dan syarat di agensi berkenaan untuk penambahbaikan.

"Ia tidak dilakukan selepas siasatan selesai, sebaliknya ketika siasatan masih berlangsung dengan matlamat untuk memperbaiki sistem penyampaian bagi mengekang kegiatan rasuah di peringkat akar umbi.

"Aspek pencegahan ini penting kerana ada kes yang tidak boleh dihadapkan ke mahkamah, sebaliknya perlu perubahan prosedur dan peraturan," katanya kepada mStar Online pada Khamis.



Menerusi Ops Tukul itu, antara 400 hingga 500 kayu balak haram dirampas, selain lapan jentolak dan beberapa lagi mesin serta peralatan yang keseluruhannya bernilai RM1.7 juta.

Jika sabit kesalahan, Seksyen 17(b) Akta SPRM memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.

Hisham berkata, aspek pencegahan perlu diberi perhatian kerana ia dapat meningkatkan keberkesanan sesebuah agensi atau jabatan awam.

"Jumlah kerugian yang dialami akibat kegiatan rasuah tidak akan diperoleh semula dan hanya menerusi tindakan pencegahan perlakuan sama dapat dibendung.

"Sebab itu, dalam operasi yang dijalankan jangan hanya melihat bilangan yang ditahan, sebaliknya lihat juga nilai wang yang dijimatkan," katanya sambil menambah Ops Tukul yang menyelamatkan RM100 juta akibat kegiatan pembalakan haram di Sarawak.









iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan