Najib Umum Pembukaan Agro Bazaar Di Dubai

Diterbitkan: Khamis, 30 Oktober 2014 1:31 PM

Najib ceria ketika merasmikan Festival Makanan Agro Malaysia dan majlis ramah mesra pemimpin bersama rakyat Malaysia di UAE di sini, Khamis. Turut bersama Ismail Sabri (tiga kiri), Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (dua kiri) dan Duta Malaysia ke United arab Emirates (UAE), Datuk Ahmad Anwar Adnan (kanan).

(Ubah saiz teks)

DUBAI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu mengumumkan pembukaan Agro Bazaar di Dubai oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

"Kita perlu berada dekat dengan pasaran untuk menjana peratusan pendapatan yang lebih tinggi. Lebih dekat kita dengan pasaran, lebih banyak faedah yang kita dapat," kata beliau semasa pelancaran Malaysian Agrofood Festival dan majlis perjumpaan 300 rakyat Malaysia, di sini.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, mendekatkan diri dengan rantaian bekalan global merupakan sebahagian daripada sasaran strategi kerajaan. 

"Dalam menggerakkan rantaian nilai sektor pertanian, FAMA dijangka membuka lebih banyak Agro bazaar di luar negara, termasuk di Hong Kong," kata Najib.

Dengan sasaran untuk mempromosikan buah-buahan dan produk asas tani premium Malaysia, agro bazaar pertama dibuka di Singapura pada Ogos, katanya. 

Menurut beliau, durian 'Musang King' premium benar-benar dilayan seperti 'raja' di Singapura. 

"Durian itu disimpan dalam bilik berhawa dingin sepanjang masa. Ia dijual pada harga S$26 sekilogram. Dan selepas penukaran (ke dalam ringgit Malaysia), anda tidak akan dapat harga yang sama di mana-mana di Malaysia," kata beliau. 

Semasa tempoh tujuh bulan pertama 2014, eksport buah-buahan meningkat sebanyak 44.7 peratus kepada RM298.8 juta.

Turut hadir di majlis yang diadakan di Arena, Jumeirah Beach Hotel itu ialah isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, dan Menteri Pertanian dan Industri AsasTani Ismail Sabri Yaakob.

Terdahulu, Ismail berkata Agro bazaar Dubai, pusat sehenti bagi buah-buahan dan produk asas tani Malaysia akan memulakan perniagaan dalam suku ketiga tahun depan. 

Agro bazaar Dubai juga akan menjadi hab dagangan dan pengedaran serta pintu masuk bagi buah-buahan dan produk asas tani Malaysia ke negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC), katanya.  

Terdapat kira-kira 6,000 rakyat Malaysia tinggal dan bekerja di UAE, bilangan paling ramai di negara itu diikuti Arab Saudi. 

Kebanyakan mereka terlibat dalam sektor penerbangan, minyak dan gas sertaperbankan Islam. 

Najib berada di Dubai sempena menghadiri Forum Ekonomi Islam Sedunia Ke-10(WIEF) yang bermula pada 28 Oktober di Madinat Jumeirah.

WIEF dianjurkan oleh Yayasan WIEF secara kerjasama dengan Dubai Chamber of Commerce and Industry.   

Beliau dijadualkan pulang pada Khamis.

Ini merupakan kunjungan kedua Najib ke UAE selepas melawat ibu kota Abu Dhabi itu pada Mei. 

Tags / Kata Kunci: Dubai , Bazaar , Najib Tun Razak

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan