Kaji Harga Bahan Api Ikut Pasaran Semasa Dunia

Diterbitkan: Khamis, 30 Oktober 2014 3:57 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk mengkaji semula harga petrol dan diesel sekiranya berlaku penurunan harga pasaran bahan api dunia.


"Kalau memang harga minyak (antarabangsa) kurang daripada USD80 (setong), tentu kerajaan akan menilai dan membuat keputusan yang sewajarnya," kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Khamis.

Bagaimanapun menurut Tee Yong, pada masa ini penjualan harga minyak di pasaran tempatan tidak mengikut harga minyak dunia berikutan subsidi ke atas bahan api itu.

"Dari segi harga minyak, sebenarnya harga minyak kita tidak mengikut harga antarabangsa kerana selama ini kerajaan memperuntukkan subsidi.

"Memang terdapat penurunan harga minyak antarabangsa, tetapi adakah trend ini akan berlarutan?" katanya.

Terdahulu beliau menjawab soalan Rafizi Ramli (PKR-Pandan) yang mempersoalkan mengenai harga minyak semasa berikutan penuruhan harga minyak dunia.

Baru-baru ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel berikutan pengurangan subsidi petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter.

Sehubungan itu, harga runcit baharu bagi petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

Harga pasaran bagi petrol RON95 pada masa ini ialah RM2.58 seliter dan harga diesel RM2.52 seliter.




Tags / Kata Kunci: petrol , Datuk Chua Tee Yong , Rafizi Ramli

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan