Badan Peguam Jelaskan Isu Berkaitan Resolusi Ke Atas Bekas Hakim

Diterbitkan: Khamis, 30 Oktober 2014 7:33 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Badan Peguam Malaysia menegaskan, pendirian mereka berhubung bekas hakim kembali beramal sebagai peguam dan menghadiri prosiding mahkamah adalah sama sepertimana resolusi yang diputuskan pada mesyuarat agung mereka yang ke-68, 15 Mac lalu, demikian kata presidennya,Christopher Leong pada lewat Khamis.

Dalam resolusi tersebut, para peguam memutuskan bahawa bekas-bekas hakim dari mahkamah yang lebih tinggi (Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan) haruslah dilarang atau dikawal oleh undang-undang daripada bertindak sebagai peguam di mahkamah.

Dan untuk mencapai objektif tersebut, mesyuarat agung Badan Peguam Malaysia meminta Majlis Peguam Malaysia mengemukakan syor kepada Pejabat Peguam Negara agar satu pindaan ke atas Akta Profesion Guaman 1976 dibuat dengan segera di parlimen.

Majlis Peguam juga dipertanggungjawabkan untuk memberi penerangan kepada awam mengapa Badan Peguam Malaysia mengemukakan syor sedemikian.

Leong membuat penjelasan sedemikian selepas sekumpulan peguam telah mempertikaikan mengapakah Badan Peguam Malaysia tidak mengeluarkan sebarang reaksi atau respon di atas kehadiran bekas hakim persekutuan, Datuk Gopal Sri Ram muncul di mahkamah mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya yang sedang berlangsung sekarang sedangkan kata mereka, satu resolusi telah dicapai dalam mesyuarat agung badan tersebut Mac lalu yang memutuskan untuk tidak membenarkan bekas hakim muncul di mahkamah sebagai peguam lagi.

Dalam hal ini, Leong menegaskan yang Badan Peguam memandang pelbagai komen berhubung keputusan yang dicapai dalam resolusi berkenaan dengan penuh teliti dan serius.

Namun katanya, pendirian badan berkenaan tidak berubah dan masih berpegang kepada resolusi yang dicapai.

Kata Leong, resolusi berkenaan dengan jelas dan nyata menyatakan apa yang telah dicapai dan diputuskan oleh para peguam.

Berdasarkan edaran resolusi itu kepada pihak media, ia dengan jelas menyatakan bahawa keputusan tersebut perlu dibawa terlebih dahulu oleh Majlis Peguam kepada pengetahuan Pejabat Peguam Negara agar satu pindaan ke atas Akta Profesion Guaman dapat dibuat di parlimen bagi melaksanakannya.

Ini bermakna, sehingga satu pindaan dibuat di parlimen ke atas akta berkenaan, resolusi tersebut hanyalah sekadar resolusi yang belum lagi dikuatkuasakan sebagai undang-undang.

Dalam konteks ini, Badan Peguam Malaysia menjelaskan bahawa Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa buat masa ini, tidak terdapat mana-mana peruntukkan di dalam undang-undang yang boleh menghalang mana-mana bekas hakim daripada muncul sebagai peguambela dan peguamcara di mahkamah.

Dan kata Leong, Badan Peguam Malaysia juga turut mengambil kira keputusan Mahkamah Persekutuan yang melihat pelantikan seorang peguam terkemuka sebagai pendakwaraya kanan dalam kes Anwar tidak melanggari mana-mana peruntukkan dalam undang-undang.

Bagaimanapun untuk sebab-sebab yang berbeza, isu dan keperihatinan utama Badan Peguam Malaysia ke atas kedua-dua perkara tersebut ialah terdapatnya kebarangkalian yang keadilan tidak akan dapat ditegakkan atau dilihat sebagai tidak dapat ditegakkan oleh undang-undang.

Selain daripada itu, jelas Leong, Badan Peguam Malaysia tidak berhasrat untuk membuat apa-apa komen berhubung isu ini selagi kes berkenaan masih berjalan di mahkamah.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan