Esszone Lebih Selamat Daripada KL - Shahidan

Diterbitkan: Khamis, 30 Oktober 2014 2:32 PM

Shahidan diberi penerangan mengenai kawalan keselamatan di Esszone ketika melakukan lawatan di perairan Sabah baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menyifatkan kawasan Zon Selamat Sabah Timur (Esszone) lebih selamat berbanding Kuala Lumpur.


Katanya, semua pihak perlu yakin dengan tahap keselamatan di kawasan perairan timur Sabah berdasarkan kawalan keselamatan yang ketat.

"Saya rasa di kawasan Esszone ini kita bergerak dalam keadaan yang kita sentiasa diperhatikan oleh pasukan keselamatan.

"Malah (berbanding) di Kuala Lumpur ini, saya rasa Esszone lebih selamat kerana kita diperhatikan," katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Putatan, Datuk Makin @ Marcus Majigoh di Dewan Rakyat pada Khamis.

Selain itu, menurut Shahidan, Esszone disahkan selamat termasuk bagi tujuan perlancongan.

Malah, menurut beliau, perintah berkurung di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) yang dikuatkuasakan sejak Julai lalu turut tidak menjejaskan sektor ekonomi khususnya perlancongan dan perikanan.

"Kawasan Esszone yang dikendalikan oleh Esscom ini adalah kawasan yang selamat, dan saya pergi tiap-tiap minggu ke Sabah untuk melihat sendiri keadaan keselamatan di sana.

"Saya juga masuk ke kawasan yang dikatakan tidak selamat dan InsyaAllah selamat," katanya.

Tambah beliau, kawalan keselamatan di Esszone juga turut mendapat reaksi positif oleh pelancong dari luar negara.

"Baru-baru ini saya pergi ke Sabah dan sempat berborak dengan seorang pelancong.

"Saya tanya kenapa dia masih ke sini, dia jawab di kawasan itu mereka dapat kawalan keselamatan yang baik. Nak pergi tengok penyu pun ada anggota keselamatan memerhatikan mereka," katanya.


Tags / Kata Kunci: Esszone , Esscom , Datuk Seri Shahidan Kassim

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan