DAP Didakwa Punca Penularan Fitnah Di FB

Diterbitkan: Khamis, 30 Oktober 2014 12:09 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: DAP didakwa menjadi punca kepada penularan budaya menyebar fitnah di laman sosial seperti Facebook (FB) hingga menggugat ketenteraman awam di negara ini.


Menurut seorang wakil rakyat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tiong King Sing, aktiviti fitnah di FB oleh parti politik pembangkang itu semakin berleluasa ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.

Dakwaan King Sing itu bagaimanapun mengundang kemarahan beberapa wakil rakyat DAP ketika persidangan Dewan Rakyat pada Khamis.

"Bila DAP ajar? Bila DAP ajar? Tarik balik kenyataan itu. Ini penyerang siber Umno yang ajar," kata Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke.

Terdahulu, ketika mengajukan soalan tambahan, King Sing berkata, DAP memulakan perang siber demi kepentingan politik pembangkang.

"Rakyat selalu guna Facebook untuk tulis macam-macam, kutuk macam-macam. Tapi siapa mula ini cerita? DAP ajar," katanya yang juga Ahli Parlimen Bintulu.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup berkata, kerajaan memandang serius mengenai penularan budaya menyebar fitnah, penghinaan terhadap agama dan kaum oleh individu tidak bertanggungjawab di media sosial seperti FB.

Katanya, pelbagai langkah pencegahan diambil kementeriannya khususnya melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional bagi membendung budaya itu.

Malah beliau turut bersetuju supaya tindakan tegas diambil oleh kementerian dan pihak berkuasa terlibat.

"Pengguna laman media sosial mesti bertanggungjawab. Tapi jika ia digunakan untuk mengguris perasaan pihak lain dan didapati menyalahi undang-undang...kita patut ambil tindakan sewajarnya," katanya.


Tags / Kata Kunci: DAP , Datuk Tiong King Sing , Anthony Loke

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan