Timbalan Speaker DUN Selangor Diketahui 24 November Depan

Diterbitkan: Rabu, 29 Oktober 2014 4:48 PM

Pandikar bersalaman dengan Hannah semasa mengadakan pertemuan di pejabatnya di Bangunan Parlimen di sini, Rabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Calon timbalan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang baharu hanya akan diketahui pada 24 November depan.


Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh berkata, kekosongan kerusi timbalannya itu akan diisi menerusi satu pemilihan pada sesi persidangan akan datang.

"Buat masa ini saya masih belum ada timbalan.

"Proses pengundian akan dibuat pada 24 November ini iaitu hari pertama sidang DUN," katanya di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan terhadap Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di sini.

Perkembangan terbaharu ini dilihat bertentangan dengan kenyataan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berhubung kedudukan jawatan timbalan speaker.

Dilaporkan sebelum ini bahawa Azmin mengesahkan kerusi timbalan speaker DUN akan diisi oleh seorang wakil rakyat PAS.

Bagaimanapun sehingga kini PAS belum menamakan calon di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk dilantik ke jawatan itu.

Diminta mengulas mengenai perkara itu, Yeoh bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Saya tak akan komen mengenainya, soalan itu perlu diajukan terus kepada menteri besar," katanya.

Mengulas lanjut mengenai pemilihan itu, Yeoh berkata, proses mengenainya sedang berlaku.

"Borang pencalonan sudah diedarkan kepada Adun. Mereka akan buat pencalonan dan pengundian ketika Dewan bersidang," katanya.

Kerusi timbalan speaker DUN kosong berikutan penyandangnya, Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad meletakkan jawatan bagi membolehkan beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco).

Pada 27 September lalu, PAS Selangor dilaporkan sedia mengisi kekosongan berkenaan namun pesuruhjayanya, Iskandar Abdul Samad berkata parti  itu belum memutuskan dalam kalangan Adun yang akan menjawat jawatan timbalan speaker DUN Selangor.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan