Taman Negara Bakal Dijadikan Tapak Warisan Unesco

Diterbitkan: Rabu, 29 Oktober 2014 8:23 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

JERANTUT: Kerajaan sedang dalam proses permohonan untuk menjadikan Taman Negara yang terletak di Pahang, Terengganu dan Kelantan sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco yang ketiga di negara ini selain Taman Negara Mulu dan Taman Kinabalu.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datul Seri Dr James Dawos Mamit berkata, usaah itu bagi memastikan segala khazanah alam negara yang berharga seperti flora dan fauna dapat dipelihara dan dilindungi daripada sebarang pencerobohan termasuk oleh warga asing.

"Kita telah hantar permohonan dengan dokumen tertentu kepada Unesco untuk dipertimbangkan cadangan itu. 

"Proses itu mungkin mengambil masa, namun ia perlu dilakukan bagi melindungi pelbagai habitat haiwan dan spesies tumbuh-tumbuhan yang berada di dalam Taman Negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan 1Malaysia Biodiversity Enforcement Operation (1MBEON) dan sambutan 75 Tahun Taman Negara di Taman Negara Kuala Tahan di sini, Rabu.

Majlis itu turut dihadiri Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia Norzila Abdul Aziz dan Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Datuk Abd Rasid Samsudin.

Dawos berkata Taman Negara menjadi habitat untuk 150 spesies mamalia, 53 spesies ikan, 479 spesies burung dan lebih daripada 3,000 tumbuh-tumbuhan. 

Dalam usaha melindungi Taman Negara juga, beliau berkata kerajaan turut melaksanakan program 1MBEON iaitu kerjasama penguatkuasaan antara kementerian melalui Perhillitan dan Angkatan Tentera Malaysia.

"Kerjasama dengan tentera sebelum ini telahpun terjalin melalui Program Ops Jelai, namun kita perkukuhkan menerusi 1MBEON kerana jika kita mengharapkan kepada kakitangan Perhilitan sahaja, ia tidak mencukupi.

"Ini ditambah lagi kakitangan Perhilitan juga tidak mempunyai latihan penguatkuasaan yang mencukupi seperti tentera untuk menghalang pencerobohan termasuk daripada warga asing," katanya.

Katanya, dalam beberapa bulan yang lepas sahaja, sebanyak lima program 1MBEON dilaksanakan dengan 13 warga asing berjaya ditahan dan dihadapkan ke mahkamah. 

Beliau turut berharap kerjasama itu dapat mengurangkan lagi kes pencerobohan kerana dimaklumkan terdapat juga saintis luar menceroboh masuk ke hutan di negara ini untuk mencari tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan ubat-ubatan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan