Sultan Selangor Pengerusikan Mesyuarat Ke-236 Majlis Raja-Raja

Diterbitkan: Rabu, 29 Oktober 2014 6:37 PM

Sultan Sharafuddin berkenan hadir untuk mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-236 di Istana Negara pada Rabu. Turut kelihatan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali (kanan). -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Rabu mempengerusikan Mesyuarat Ke-236 Majlis Raja-Raja di Istana Negara di sini.

Mesyuarat sehari itu dihadiri semua Raja-raja Melayu dan Yang Dipertua Negeri kecuali Kedah, Johor dan Pahang yang menghantar wakil masing-masing manakala Kelantan tidak menghantar wakil.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar diwakili Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim manakala Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah diwakili Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

Raja-Raja Melayu berkenaan diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Melaka masing-masing diiringi Ketua Menteri.

Turut menghadiri mesyuarat itu ialah Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tan Sri Zulkifeli Mad Zin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Datuk Dr Rahamat Bivi Yusoff.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad dalam kenyataan, memaklumkan bahawa anggota mesyuarat itu telah diberikan taklimat terkini oleh Zulkifeli dan Khalid mengenai pertahanan serta keselamatan negara manakala Dr Rahamat membentangkan perkara mengenai ekonomi.

Beliau berkata mesyuarat hampir dua jam itu turut membincangkan perkara berkaitan hal ehwal Islam, pelantikan termasuk pelantikan anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, Ketua Audit Negara dan hakim Mahkamah Atasan.

Selain itu, Syed Danial berkata perkara yang turut dibincangkan ialah mengenai Biasiswa Yang di-Pertuan Agong sesi pengajian 2014/2015.


Tags / Kata Kunci: Sultan Selangor , Mesyuarat Raja-Raja

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan