Diterbitkan: Rabu, 29 Oktober 2014 5:42 PM

Penyokong Anwar membakar kotak di hadapan Istana Kehakiman, Putrajaya pada hari kedua sesi pendengaran rayuan kes liwat Ketua Pembangkang itu, Rabu. - foto AZHAR MAHFOF/The Star

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Penyokong-penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai permit untuk mengadakan perhimpunan di hadapan Istana Kehakiman di sini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Abdul Razak Abdul Majid berkata polis tidak menerima sebarang permohonan untuk mengadakan perhimpunan itu.

"Setakat ini, perhimpunan ini aman namun tiada permit yang dikeluarkan," katanya kepada pemberita di hadapan bangunan itu, di sini, Rabu.

Beliau turut mengulas insiden seorang jurugambar The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) Mohamad Shahril Badri terkena sebiji telur yang dipercayai dibaling dari arah penyokong Anwar.

Menurutnya polis tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku selain individu serta motif insiden itu.

Sementara itu, polis membuka pagar yang ditempatkan di hadapan Istana Kehakiman kira-kira 3 petang Rabu bagi memberi ruang kepada para penyokong Anwar berteduh daripada hujan di bawah khemah yang dipasang untuk satu majlis anjuran Perbadanan Putrajaya.

"Mereka minta pagar dibuka sebab hujan dan hendak berteduh di khemah... atas dasar perikemanusiaan, kita membukanya," kata Abdul Razak.

Namun, anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) tetap berkawal bagi mengelak penyokong menghampiri perkarangan bangunan itu.

Hari ini (Rabu) merupakan hari kedua pendengaran rayuan Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di Mahkamah Persekutuan di sini.

Tags / Kata Kunci: perhimpunan , Anwar Ibrahim , kes liwat

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan