Jangan Politikkan Isu Kerakyatan Sabah - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Rabu, 29 Oktober 2014 2:18 PM

Ahmad Zahid Hamidi

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tindakan pihak tertentu mempolitikkan isu kerakyatan penduduk Sabah hanya akan melambatkan proses pemberian taraf kewarganegaraan negara ini.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, isu berkenaan dijangka ditangani selepas siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing tanpa izin di Sabah selesai.

"Saya memberi jaminan bahawa RCI telah menamatkan kerja siasatan dan penyelesaian masalah ini terdapat di dalam laporan RCI.

"Dan InsyaAllah jika persoalan ini tidak dipolitikkan, ia boleh diselesaikan," katanya di Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Marcus Majigoh (BN-Putatan) yang bertanya mengenai masalah berterusan khususnya mengenai kewarganegaraan di Sabah.

Tegas beliau, kerajaan memandang serius isu ketiadaan dokumen pengenalan diri di Sabah dan Sarawak hingga menyukarkan pelbagai proses termasuk hak sebagai rakyat Malaysia.

"Di Sabah memang terdapat banyak masalah anak-anak yang tidak ada sijil kelahiran atau sebarang dokumen. Ini kerana ada di kalangan ibu bapa mereka datang daripada negara luar.

"Juga kerana anak-anak itu memang tidak didaftarkan sebab salah seorang ibu bapanya mungkin seorang warganegara Malaysia tetapi perkahwinan tidak didaftarkan," katanya.

Sebelum ini kerajaan mengumumkan bahawa pemberian taraf kewarganegaraan di Sabah digantung hingga siasatan RCI berkaitan isu pendatang asing tanpa izin di Sabah selesai.

Permohonan dan pemberian taraf kewarganegaraan akan diteruskan sebaik sahaja siasatan RCI itu tamat.

Tags / Kata Kunci: RCI , kerakyatan Sabah

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan