Banjir Kilat Di Bayan Baru Berikutan Hujan Lebat

Diterbitkan: Rabu, 29 Oktober 2014 8:02 PM

Kelihatan kenderaan melalui jalan raya yang dinaiki air di Jalan Tengah dekat pasaraya Giant di Bayan Baru. - foto ZAINUDIN AHAD/The Star

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Hujan lebat di bahagian pulau tengah hari Rabu menyebabkan kawasan Bayan Baru dekat sini, dilanda banjir kilat.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru berkata hujan lebat lebih sejam pada pukul 12.30 tengah hari itu juga menyebabkan limpahan air Sungai Relau yang mengakibatkan banjir kilat.

Ekoran limpahan air sungai itu, beberapa kawasan di sekitar pusat beli belah Sunshine Bayan Baru, Sungai Ara, Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Relau dan Persiaran Mayang Pasir di sini ditenggelami air antara 0.46 meter hingga 0.91 meter.

"Beberapa jalan utama di kawasan itu tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan dan berlaku sedikit kesesakan jalan raya," katanya ketika dihubungi di sini Rabu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Trafik dan Tebatan Banjir Chow Kon Yeow berkata banjir kilat itu dipercayai berpunca daripada kerja pengalihan arah aliran Sungai Relau berhampiran projek pembinaan Golden Triangle di Jalan Dato Ismail Hashim dan Jalan Paya Terubong di sini.

Chow berkata beliau telah mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan pemaju projek berkenaan membaiki arah lencongan aliran air dari Sungai Relau itu untuk mengelak masalah banjir kilat berulang.

"Saya juga telah mengarahkan MPPP untuk mengadakan mesyuarat tergempar bersama pemaju dan perunding mereka esok untuk mengelak masalah ini daripada berulang," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.
Tags / Kata Kunci: banjir kilat , Bayan Baru

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan