MH370: Malaysia Perlu Satelit Orbit Rendah

Diterbitkan: Selasa, 28 Oktober 2014 1:55 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia disaran mempunyai sistem Satelit Orbit Rendah bagi tujuan pemantauan dan mengesan frekuensi komunikasi berikutan tragedi misteri kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu.

Operator satelit negara, MEASAT Satellite Systems Sdn Bhd berkata satelit jenis itu dilihat perlu kerana ia boleh menjadi 'mata' dan 'telinga' negara diangkasa.

Timbalan Presiden Kejuruteraan dan Operasi MEASAT, Zainudin Abdul berkata satelit itu, yang berada bawah 300 km dari bumi, mempunyai sistem kamera beresolusi tinggi untuk pengambilan gambar yang lebih terang dan jelas tanpa halangan daripada atmosfera bumi sama ada di udara atau maritim negara.

Manakala sistem pengesan frekuensi radio juga boleh mengesan atau menghantar isyarat yang lebih jelas kepada mana-mana kapal udara dan laut, katanya.

"Dalam konteks ini pengawasan dan pengesanan adalah dua teknologi yang perlu ada pada satelit di bumi dan angkasa lepas kerana ia boleh mengambil gambar secara serentak di seluruh permukaan bumi," katanya.

Pada 8 Mac 2014, penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di ruang udara Laut China Selatan setelah kira-kira sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.    

Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.   

Usaha mencari pesawat itu masih diteruskan, namun tiada sebarang bukti kukuh ditemui setakat ini. Menurut Zainudin, apabila satelit berada di kawasan orbit yang rendah, maka gambar yang diambil lebih jelas tetapi sudut pandangannya lebih kecil sedangkan bumi kita luas.

"Kalau satelit diletakkan pada orbit tinggi, kita akan dapat melihat seluruh permukaan bumi tetapi gambarnya ketika itu kurang jelas disebabkan ketinggiannya," katanya.

Katanya untuk mengambil gambar yang terang di seluruh permukaan bumi memerlukan satelit yang banyak dan perlu membuat pengawasan secara berterusan. Zainudin berkata Malaysia kini mempunyai enam satelit tetapi kesemuanya bukan jenis Satelit Orbit Rendah.

Katanya Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah merupakan syarikatpengeluar satelit jenis itu.

Zainuddin berkata keperluan itu juga sejajar dengan hasrat Malaysia yang sebelum ini mahukan pelaksanaan sistem pengesanan masa nyata pesawat dan berkongsi maklumat berhubung risiko penerbangan.

Hasrat itu dinyatakan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai pada 25 Oktober lepas, dan Malaysia akan kemukakannya termasuk beberapa perkara lain kepada Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang akan bermesyuarat di Kanada minggu depan.

Sesi ke-203 Majlis ICAO dijadual berlangsung di bandar raya Montreal diKanada.

Tags / Kata Kunci: MH370 , satelit orbit rendah

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan