Kes Liwat II Anwar: Sukar Ramal Bebas Atau Penjara - Khalid Samad

Diterbitkan: Selasa, 28 Oktober 2014 4:22 PM

Penyokong Saiful Bukhari Azlan turut berkumpul di pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya bagi mengikuti prosiding pendengaran rayuan terakhir Anwar pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Ahli Parlimen pembangkang, Khalid Samad mengakui sukar meramal sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dikenakan hukuman penjara atau dibebaskan berhubung kes liwat keduanya yang kini melalui proses pendengaran rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan di sini.


Pemimpin PAS itu bagaimanapun yakin ketua pembangkang itu tidak bersalah berdasarkan hujah dan fakta kes.

"Dalam kes ini kita tak boleh nak ramal," katanya yang ditemui di perkarangan Istana Kehakiman di sini, Selasa.

Mengenai sesi pendengaran rayuan pada Selasa, Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, perbahasan yang disampaikan barisan peguam Anwar berjalan lancar dan teratur.

Katanya, peguam Anwar yang diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram mengetengahkan beberapa hujah kontradiksi dalam kes ini.

"Apa yang saya dengar komen daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan penyokong lain nampak bahawa perbahasan itu cukup teratur, tersusun dan kontradiksi yang ditimbulkan jelas dan kemas.

"Kalau nak ambil kira dari prinsip keadilan jika ada keraguan munasabah walau sedikit sekali pun sepatutnya prinsip keadilan itu menuntut supaya orang yang dituduh itu dibebaskan," katanya.

Anwar, 67, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sekiranya Anggota Parlimen Permatang Pauh itu gagal dalam rayuan ini, kelayakannya sebagai anggota parlimen boleh dilucutkan berdasarkan Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa kelayakan seseorang
anggota parlimen boleh dibatalkan sekiranya beliau dijatuhi hukuman penjara lebih daripada setahun atau denda lebih daripada RM2,000.


iklan

Video

Jumaat, 28 Julai 2017 8:18 PM

Tautan Kasih Siti Saleha & Lutfi

Jumaat, 28 Julai 2017 3:00 PM

Zahid Terpaksa Kerja Keras!

Jumaat, 28 Julai 2017 12:24 PM

Atmosfera Tak Cukup Popular?

Jumaat, 28 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: Najwa Latif - KAMU

Khamis, 27 Julai 2017 3:00 PM

Aksi Separuh Bogel Tu Kisah Lamalah!

Khamis, 27 Julai 2017 12:30 PM

Mal Imran Artis Bermusim?

Khamis, 27 Julai 2017 9:00 AM

Panas! Hisyam Hamid & Aaron Aziz Bergaduh?

Rabu, 26 Julai 2017 3:46 PM

Saya Bukan Artis Murahan! - Elvina

Kolumnis

iklan

Iklan