Kerajaan Siapkan Kertas Putih Dedah Aktiviti Militan

Diterbitkan: Selasa, 28 Oktober 2014 4:08 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan kini dalam proses untuk menyiapkan Kertas Putih berhubung penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti militan di luar negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, berikutan itu, kerajaan juga sedia mendedahkan maklumat lengkap berhubung perkara itu kepada umum selepas ia disiapkan.

"Kerajaan sedang menyiapkan Kertas Putih untuk memberitahu rakyat mengenai penglibatan rakyat Malaysia dengan ancaman aktiviti keganasan," katanya menerusi jawapan bertulis di sini.

Beliau menjawab soalan Dr Ko Chung Sen (DAP- Kampar) di Dewan Rakyat pada Selasa.

Selain itu menurut Ahmad Zahid, sejak Desember 2001, seramai 167 rakyat Malaysia dikenal pasti terlibat dalam aktiviti militan di luar negara.

"Daripada jumlah ini, seramai 39 daripada mereka terlibat dengan militan Negara Islam (IS) di Iraq dan Syria," katanya.

Bagaimanapun Ahmad Zahid enggan mendedahkan butiran rakyat negara ini yang terlibat dalam militan IS bagi mengelakkan siasatan terhadapnya terjejas.

Tambah beliau, kerajaan serius untuk menangani isu militan di kalangan rakyat Malaysia.

"Pihak polis menjalankan siasatan terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang disyaki menjadi ancaman kepada keselamatan dan keamanan negara," katanya.

Menurut Ahmad Zahid lagi, pada masa ini nama-nama mereka yang disyaki terlibat dalam kumpulan itu telah disenaraihitamkan oleh Jabatan Imigresen.

"Nama-nama suspek juga dimasukkan ke dalam senarai jabatan keselamatan bertujuan mengesan pergerakan mereka di pintu masuk utama negara ini," katanya.

Beliau turut  memberi amaran kepada mereka yang terlibat dengan aktiviti kumpulan militan bahawa tindakan sedemikian boleh dikenakan tindakan tegas mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001, Kanun Keseksaan dan Akta Pertubuhan 1966.

Tags / Kata Kunci: IS , Militan , Dewan rakyat

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan