Terowong MRT Bawah Tanah Di Bukit Bintang Siap

Diterbitkan: Isnin, 27 Oktober 2014 5:32 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pembinaan dua terowong berkembar MRT di bawah Jalan Bukit Bintang berjaya disiapkan dengan dua mesin pengorek (TBM) dalam syaf bertemu di Pudu baru-baru ini.

Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd, Amir Mahmood Razak berkata TBM Inai 1 memecah masuk pada 16 Okt manakala kejayaan kedua dicapai oleh TBM Inai 2 pada 21 Okt.

"Kemajuan keseluruhan yang dicapai oleh kerja-kerja bawah tanah projek MRT kini berada pada tahap 68.5 peratus pada akhir September, manakala pembinaan terowong secara keseluruhannya mencapai 88 peratus.

"Kami hanya mempunyai dua TBM yang mengorek dari syaf Pudu menuju ke Pasar Seni. Semua kerja-kerja pembinaan terowong dijangka siap menjelang suku pertama 2015, namun kerja-kerja bawah tanah akan berterusan sehingga Disember 2016," katanya kepada pemberita di tapak syaf pelancaran MRT Pudu, pada Isnin.

Ketua Terowong MMC-Gamuda Ng Hau Wei berkata kerja-kerja pembinaan terowong sangat mencabar disebabkan keadaan geologi kawasan itu.

"Jalan Bukit Bintang melintasi dua formasi geologi di hujung Jalan Bukit Bintang sebelah timur berada di atas kawasan berbatu kapur Kuala Lumpur manakala hujung sebelah barat berada di atas formasi Bukit Kenny, peralihan antara dua formasi ini membabitkan kawasan Pavilion," katanya.

Cabaran lain termasuk penumpuan utiliti yang sangat padat, katanya sambil menambah, penggunaan teknologi kejuruteraan ketepatan tinggi, termasuk TBM yang mempunyai teknologi Pemboleh ubah Ketumpatan, berjaya menyelesaikan masalah ini.

"Di samping mampu mengurangkan pembentukan tanah jerlus, ia juga boleh berubah dari mod kolam berlumpur (ketika mengorek menerusi formasi batu kapur) kepada mod pengimbangan tekanan bumi (semasa mengorek melalui formasi Bukit Kenny) dan sebaliknya," katanya.

MRT Sungai Buloh-Kajang, sepanjang 51 km, termasuk 9.5 km di bawah tanah, akan melalui pusat bandar.

Sebanyak tujuh stesen bawah tanah akan dibina iaitu KL Sentral, Pasar Seni, Merdeka, Bukit Bintang Sentral, Pasar Rakyat, Cochrane dan Maluri. 


Tags / Kata Kunci: MRT

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan