Zuraida Tak Perlu ‘Ajar’ Mahkamah Adili Anwar – Syed Ali

Diterbitkan: Isnin, 27 Oktober 2014 8:31 PM

Syed Ali Alhabshee.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee membidas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin yang bertindak ‘mengajar’ mahkamah untuk bersikap adil berhubung kes liwat ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, kenyataan Zuraida itu disifatkan sebagai satu ancaman terhadap sistem kehakiman di negara ini.

Tambahnya, dakwaan Zuraida bahawa reformasi yang pernah berlaku pada 1998 akan berulang sekiranya Anwar tidak diadili sebagai cubaan menganggu prosiding kes tersebut bermula pada Selasa.

“Ahli Parlimen Ampang itu (Zuraida) sengaja melakukan provokasi, cuba mengganggu dan campur tangan dalam sistem perundangan serta keadilan mahkamah.

“Tidak ada sebab untuk Zuraida melahirkan rasa bimbang kerana proses pengadilan tidak ada campur tangan politik,” kata Syed Ali menerusi blognya di umnobahagiancheras.blogspot.com pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Zuraida di sebuah portal berita pada Isnin yang mahukan mahkamah berlaku adil terhadap Anwar sambil memberi amaran reformasi akan berlaku sepertimana 1998 sekiranya Anwar diperlakukan sebaliknya.

Syed Ali mendakwa, ancaman yang dikeluarkan oleh Ketua Wanita PKR itu bagaimanapun dilihat sebagai usaha terdesak pembangkang menyelamatkan nyawa politik Anwar yang sudah sampai di penghujungnya.

"Seperti yang saya katakan sebelum ini, Anwar dan penyokongnya perlu menerima hakikat di atas kes tersebut, tidak sewajarnya mereka menolak takdir," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan