Rizalman Ke Mahkamah Pada Selasa Mohon Ikat Jamin

Diterbitkan: Isnin, 27 Oktober 2014 8:52 PM

Muhammad Rizalman Ismail.

(Ubah saiz teks)

WELLINGTON: Ketika rakyat New Zealand bergembira menyambut Hari Buruh dengan cuti umum pada Isnin, Muhammad Rizalman Ismail, bekas atase tentera Malaysia di Wellington, terpaksa menghabiskan masa sehari lagi dalam tahanan di Penjara Rimutaka di sini. 

Dia dijadual hadir di Mahkamah Daerah Wellington pada Selasa apabila permohonan ikat jamin bagi pihak dirinya akan dikemukakan. 

Beberapa permohonan interlokutari mungkin dikemukakan selepas itu sebelum tarikh perbicaraan ditetapkan.

Permohonan interlokutari ialah permohonan untuk mendapatkan arahan atau perintah sebelum perbicaraan substantif diadakan, selalunya berhubung prosedur sesuatu kes.

Dalam sistem undang-undang New Zealand, permohonan interlokutari berbeza akan didengar oleh hakim berbeza.

Penjara Rimutaka di Upper Hutt, di utara Wellington, adalah antara penjara terbesar New Zealand.

Muhammad Rizalman ditahan polis New Zealand pada 9 Mei lalu dan dihadapkan ke mahkamah pada hari berikutnya bagi menghadapi tuduhan melakukan pecah rumah dan serangan seksual dengan niat untuk merogol seorang wanita berusia 21 tahun. 

Setelah dia dibawa pulang ke Malaysia bersama keluarga pada 22 Mei lalu, Kementerian Pertahanan segera melancarkan siasatan terhadap kes itu.

Muhammad Rizalman dilaporkan menjalani penilaian psikiatri di Hospital Tentera Tuanku Mizan setelah kembali ke tanah air dan dibenar keluar dari hospital itu pada akhir Julai.

Tags / Kata Kunci: Muhammad Rizalman Ismail

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan