Penyokong Anwar Rempuh Pintu UM - Berita Semasa | mStar

Penyokong Anwar Rempuh Pintu UM

Diterbitkan: Isnin, 27 Oktober 2014 9:34 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sekumpulan mahasiswa dan orang ramai yang terdiri daripada penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak merempuh pintu utama Universiti Malaya (UM) untuk menghadiri program pidato Ketua Pembangkang itu pada Isnin malam.

Dalam kejadian pada pukul 9.20 malam itu, kumpulan tersebut berjaya merempuh masuk pintu arah Bangsar selepas ia dikunci bagi tujuan keselamatan manakala pintu lain dibuka dengan kawalan.

Kelihatan Azmi Sharom berbincang dengan Shamsul Iskandar supaya tidak bertindak ganas di pusat pengajian tinggi itu.
Ketika rempuhan berlaku, pemimpin politik seperti Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ahli Parlimen Kapar, G. Manivannan turut berada di barisan depan kumpulan berkenaan.

Terdahulu, Pensyarah Undang-undang UM, Prof Madya Dr Azmi Sharom yang berada di barisan hadapan kumpulan itu bertindak menasihatkan wakil penganjur supaya tidak bertindak ganas.

Menurut Azmi, tindakan merempuh masuh pintu pagar utama yang dikunci itu akan mencemarkan imej kumpulan mahasiswa pusat pengajian tinggi.

Kumpulan mahasiswa dan penyokong Anwar berarak masuk selepas merempuh pagar keselamatan UM.
Bagaimanapun usaha Azmi gagal.

Antara yang kelihatan hadir di pintu masuk utama UM itu termasuk Presiden Persatuan Mahasiswa UM (PMUM), Fahmi Zainol.

Kumpulan berkenaan kemudian berarak ke Dataran DTC UM yang merupakan lokasi pidato bertajuk  '40 Tahun Dari UM Ke Penjara' akan diadakan.

Anwar hadir ditemani isterinya, Dr Wan Azizah.
Anwar yang diiringi isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, serta anak sulungnya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar tiba di UM pada pukul 9.45 malam.

Mengambil masa hampir setengah jam berucap di atas kenderaan pacuan empat roda, Anwar memuji semangat dan keberanian mahasiswa dan penyokongnya yang hadir.

Anwar berucap di hadapan penyokongnya.
Anwar kemudiannya meninggalkan UM kira-kira pukul 10.40 malam untuk menghadiri dua lagi acara lain.
Tags / Kata Kunci: Anwar Ibrahim , Universiti Malaya
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan