Konvoi Kenderaan: Hanya Polis Berhak Jadi Marshal

Diterbitkan: Isnin, 27 Oktober 2014 11:57 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak, termasuk anggota pihak berkuasa tempatan, yang bertindak menjalankan tanggungjawab mengawal keadaan trafik tanpa kebenaran dan kehadiran polis trafik.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata tindakan undang-undang akan diambil sekiranya mereka (individu dan jabatan) melakukan penugasan marshal di jalan raya tanpa kehadiran anggota polis trafik.

Pihaknya memandang serius terhadap tindakan individu atau badan-badan tertentu yang kini bertindak menjadi pengiring (marshal) dalam konvoi kenderaan tanpa kebenaran daripada PDRM, katanya pada sidang berita di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, Isnin.

"Mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 21 (2) Akta Polis 1967, sekiranya didapati melakukan perbuatan itu.

"Hanya polis sahaja dibenarkan dan mempunyai kuasa untuk menahan atau melencong kenderaan pengguna jalan raya yang lain," katanya.

Beliau berkata tugas marshal banyak dilakukan oleh polis trafik dalam kebanyakan acara seperti mengiringi ketua negara, perdana menteri, menteri dan apa jua acara yang melibatkan polis untuk mengawal lalu lintas.

Pihaknya telah menghantar surat kepada agensi-agensi yang berkaitan supaya memberhentikan penugasan escort yang menyalahi undang-undang, katanya.

Sementara itu, mengikut laporan statistik suku tahun ketiga kemalangan jalan raya bagi tempoh sembilan bulan tahun ini, Mohd Fuad berkata, sebanyak 357,292 kes kemalangan jalan raya yang dilaporkan, mengalami penurunan sebanyak 0.8 peratus berbanding 360,311 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Beliau berkata jumlah kematian juga menurun sepanjang Januari hingga September tahun ini sebanyak 4.1 peratus dari sejumlah 5,138 kematian akibat kemalangan jalan raya, berbanding 5,357 pada tahun lepas.

"Secara purata, kemalangan berlaku pada kadar 1,308 kes sehari..negara kehilangan hampir 19 nyawa akibat kemalangan maut setiap hari di seluruh negara," katanya.

Penunggang motosikal terus mencatatkan kadar kematian yang tinggi akibat kemalangan sebanyak 3,223 orang atau 62.7 peratus sepanjang tempoh sembilan bulan tahun ini, diikuti kereta 963 orang dan pejalan kaki 393 orang.

Beliau berkata tiga negeri yang tertinggi yang menyumbang 55.9 peratus kepada keseluruhan jumlah kemalangan berlaku ialah Selangor, Johor dan Kuala Lumpur manakala Perlis pula mencatat kadar kemalangan paling rendah.

Tags / Kata Kunci: Marshal , Polis Trafik

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan