Larangan PAS: Kita Akan Teruskan Program - PasMa

Diterbitkan: Isnin, 27 Oktober 2014 5:28 PM

Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) tidak akan menghentikan programnya meskipun Majlis Syura Ulama PAS melarang semua ahlinya menyertai sebarang program anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu, kata Presidennya, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi.

Beliau berkata, Majlis Syura Ulama tidak mempunyai kuasa eksekutif terhadap mereka kerana PasMa merupakan NGO yang mempunyai kebebasan untuk mengrekrut mana-mana individu.

"Kepimpinan PAS pusat telah membenarkan dialog diadakan bersama PasMa. Selain itu, sebagai ahli PAS, saya hanya menjawab kepada jawatankuasa kerja pusat yang merupakan badan membuat keputusan paling tinggi dalam parti," katanya kepada The Star Online pada Isnin.

Phahrolrazi mengulas mengenai beberapa laporan yang memetik Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membidas sesiapa yang mempersoalkan Majlis Syura Ulama berhubung larangan terhadap PasMa.

"Adakah Hadi hanya bercakap tentang saya, atau para pemimpin pusat parti lain yang mengalu-alukan dialog bersama PasMa? Adakah mereka juga menentang keputusan keputusan Majlis Syura Ulama," katanya.

Beliau berkata, NGO itu akan terus melakukan aktivitinya kerana ia bukan semata-mata untuk ahli PAS.

"Kita bukan sekutu kepada parti itu dan kita tidak mempunyai isu sekiranya para pemimpin parti tidak mahu menyertai program-program kita," katanya sambil menambah bahawa PKR dan DAP menyokong PasMa.

Dalam pada itu, ahli jawatankuasa pusat PAS, Khalid Samad berkata, beliau akan terus mempertahankan PasMa dan aktiviti-aktivitinya, walaupun Hadi membidas mereka yang mempersoalkan tindakan Majlis Syura Ulama yang melarang ahli parti menyertai NGO itu.

Tags / Kata Kunci: PasMa

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan