#Justice4AnwarIbrahim Cubaan Dapatkan Sokongan Pemimpin Global

Diterbitkan: Isnin, 27 Oktober 2014 3:36 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kurang 24 jam sebelum hari pendengaran rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes liwat keduanya, lagi cubaan untuk mendapatkan sokongan pemimpin antarabangsa digerakkan dan kali ini menerusi Kempen #Justice4AnwarIbrahim.

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, kempen di peringkat antarabangsa bermula dengan negara serantau atas semangat Piagam Asean 2007.

"Kempen #Justice4AnwarIbrahim bagi memberi maklumat tepat di peringkat dalam dan luar negara," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Isnin.

Shamsul Iskandar berkata, kes ketua pembangkang dapat menguji keberkesanan Piagam Asean untuk mendapat keadilan yang menyeluruh dari segi pendakwaraya, hakim dan sebagainya.

"Kes Anwar akan menguji Piagam Asean, oleh itu kempen secara komprehensif di peringkat rantau ini dilaksanakan sebelum ke peringkat antarabangsa," katanya.

Bagi menunjukkan kempen ini mendapat sokongan negara serantau, sesi 'skype' bersama ahli Parlimen Indonesia, Dave Laksono yang juga Ketua Pemuda Golkar. Turut menyatakan solidariti adalah Ahli Kongres Filipina, Bebot Bello.

Sementara itu koordinator kempen itu, Yusmadi Yusoff berkata, bermula di rantau ini, ia bersifat melobi pemimpin Asean untuk mengemukakan pandangan masing-masing.

"Mengikut Piagam Asean yang sepakat mempromosi dan mempertahankan hak asasi kemanusiaan, pemimpin boleh nyatakan pandangan mereka berhubung sesuatu isu, bukan hak monopoli ketua negara sahaja, malahan Asean itu sendiri perlu dibangunkan dengan semangat demokrasi, manusiawi dan undang-undang," katanya.

Pengasas dan Pengerusi Yayasan RIGHTS itu menambah kempen itu juga seiring aspirasi negara selaku pengerusi Asean tahun depan dan membentuknya berorientasikan rakyat.

"Kes ini akan jadi kayu pengukur kepada komitmen negara-negara Asean terhadap keadilan dan paling penting kes ini adalah teras perbicaraan adil," katanya.

Anwar sebelum ini disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara yang dikenakan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu selepas mendapatinya bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar, 67, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sekiranya beliau gagal dalam rayuan ini, kelayakannya sebagai ahli Parlimen boleh dilucutkan berdasarkan Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa kelayakan seseorang ahli Parlimen boleh dibatalkan sekiranya dijatuhi hukuman penjara lebih daripada setahun atau denda lebih daripada RM2,000.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan