Umno: Pertimbang Pandangan Akar Umbi Berkaitan Isu Semasa

Diterbitkan: Isnin, 27 Oktober 2014 11:19 AM

(Ubah saiz teks)

KLUANG: Umno dalam proses mengumpul maklum balas akar umbi berkaitan isu semasa, termasuk Akta Hasutan untuk dibahaskan pada Perhimpunan Agung parti itu, November ini.


Naib Presidennya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau yang mengetuai biro perlembagaan dan perundangan parti itu diarah supaya menangani isu utama di negara ini.

"Antara topik yang akan diketengahkan adalah Akta Hasutan, masalah berkaitan kaum dan agama juga institusi diraja.

"Kami sudah mengumpul pandangan akar umbi berhubung perkara yang akan dibincangan pada perhimpunan nanti," katanya ketika menghadiri sambutan Deepavali Exco Perpaduan dan Sumber Manusia Johor, R Vidyanathan pada Ahad.

Perbincangan berhubung isu berkenaan, kata Hishammuddin adalah penting dan perlu  supaya ia tidak terus dipolitikkan hingga menimbulkan masalah dalam kalangan rakyat berbilang bangsa negara ini.

"Menerusi perbahasan, parti dapat menetapkan pendirian berhubung perkara itu," katanya.

Beliau berkata, sudah menjadi tradisi bagi Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk mengambil kira pandangan akar umbi untuk memastikan suara rakyat didengar.

"Isu seumpama itu perlu dilihat secara rasional," katanya yang yakin pandangan yang diterima itu seiring dengan sistem raja berperlembagaan di negara ini.

Katanya, akta itu tidak perlu dimansuhkan kerana ia boleh diperbaiki dan dipinda atau mewujudkan akta baharu.

"Apa juga yang dikatakan, ianya adalah suara akar umbi dan itu yang penting," katanya.

Beliau juga akan memastikan Konvensyen Umno Johor yang akan diadakan pada 7 dan 8 November ini sebagai landasan untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak akar umbi.




iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan