Kenyataan Ibrahim Ali Tetap 'Menghasut' - Khairy - Berita Semasa | mStar

Kenyataan Ibrahim Ali Tetap 'Menghasut' - Khairy

Diterbitkan: Isnin, 27 Oktober 2014 9:19 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bertegas dengan pendiriannya bahawa kenyataan oleh Datuk Ibrahim Ali dalam isu Bible bersifat hasutan.

Khairy berkata, pendirian itu bersifat peribadi tanpa melibatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara.

"Kalau pandangan peribadi saya...kalau buat kenyataan nak bakar kitab orang lain, itu adalah hasutan.

"Bayangkan kalau ada orang cakap macam tu tentang Al Quran, sudah tentulah menghasut," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda Umno di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Jabatan Peguam Negara pada Ahad bahawa kenyataan yang Ibrahim untuk membakar Bible bahasa Melayu, tidak terjatuh di bawah lingkungan definisi kecenderungan menghasut mengikut Akta Hasutan 1948.

"Terpulang kepada Jabatan Peguam Negara. Mereka ada kebebasan untuk buat keputusan dari segi pendakwaan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Umno , Perkasa , Bible , Bahasa Melayu
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan