Kejohanan Bola Jaring Tanpa Penonton Lelaki Di Kelantan Diteruskan Walau Dikritik

Diterbitkan: Isnin, 27 Oktober 2014 11:06 AM

Dr Ramli Mamat

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Kejohanan Bola Jaring Beliawanis Kelantan yang diadakan di 14 kawasan parlimen di negeri ini menjadi perlawanan bola jaring yang pertama di negara ini yang melarang golongan lelaki sebagai penonton.

Keputusan kerajaan negeri pimpinan PAS untuk melarang golongan lelaki daripada menonton pertandingan yang melibatkan semua peserta wanita telah mencetuskan kritik daripada sesetengah pihak yang mengatakan langkah itu menggalakkan pengasingan dan melambatkan pembangunan sukan.

Exco kerajaan negeri Kelantan pada Ogos memutuskan bahawa pertandingan bola jaring melibatkan wanita semata-mata dan para pemain, sama ada Islam atau sebaliknya, diharuskan memakai baju-T lengan panjang dan seluar trek longgar.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri Dr Ramli Mamat berkata peserta bukan Islam juga perlu berpakaian kemas, dan acara-acara seperti itu perlu mematuhi syariah, waktu solat dan menutup aurat.

Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed, yang juga pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira, berkata PAS telah mendedahkan sifat sebenar sebagai sebuah parti yang berfikiran sempit dan tidak toleran.

Ahli Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran II, berkata langkah itu adalah 'bukan satu langkah ke arah yang betul' dan menggesa badan-badan sukan kebangsaan dan negeri untuk mencabar Kelantan atas dasar itu.

"Syukurlah, dasar-dasar sukan negara tidak menggalakkan atau menyokong pemisahan seperti itu," katanya.

Dr Ramli menegaskan bahawa langkah pengasingan jantina adalah sesuai dengan ajaran Islam.

"Saya ingin menafikan bahawa langkah itu adalah merosakkan keharmonian antara kaum di Kelantan.

"Malah, ia telah diputuskan berdasarkan kepada hukum-hukum Allah dan oleh itu, tidak harus dipersoalkan oleh orang Islam atau bukan Islam," katanya pada Sabtu.

Dr Ramli berkata 'kejayaan' dalam menganjurkan kejohanan bola jaring telah mendorongnya untuk mempertimbangkan memasukkan sukan lain yang melibatkan wanita di bawah perintah pengasingan jantina.

Tags / Kata Kunci: bola jaring , Dr Ramli Mamat

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan