Penduduk Apartmen Teratai Dibenarkan Pulang

Diterbitkan: Ahad, 26 Oktober 2014 11:20 PM

(Ubah saiz teks)

HULU SELANGOR: Kesemua 1,163 penduduk dua blok Apartmen Teratai, Bukit Beruntung di sini yang diarahkan berpindah sementara akibat tanah runtuh sejak Isnin lepas telah dibenarkan pulang kira-kira pukul 3 petang Ahad.

Ketua Platun Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) Serendah, Masria Sahi berkata kesemua penduduk telah dibenarkan pulang atas arahan Pegawai Daerah Hulu Selangor Ahmad Suadi Abdul Rahim.

Katanya, mereka juga telah dimaklumkan oleh pihak berkuasa bahawa tiada pergerakan tanah baharu dilaporkan sejak pemasangan cerucuk keping dan kanvas di cerun bukit berkenaan pada 21 Oktober lepas.

"Operasi pemantauan dan pemeriksaan di lokasi kejadian akan diteruskan sehingga esok sementara memastikan proses pemindahan penduduk di apartmen berkenaan berjalan lancar.

"Operasi pemantauan itu dijalankan oleh RELA, polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam serta Persatuan Bulan Sabit Merah," katanya kepada Bernama di sini.

Kesemua penduduk di blok K dan L di apartmen berkenaan sebelum ini dipindahkan sementara di Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 dan Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 2 sejak kejadian tanah runtuh di kawasan itu Isnin lepas.

Tinjauan Bernama mendapati penduduk berkenaan teruja dan gembira apabila dapat pulang ke rumah masing-masing.

Seorang penduduk Nazaruddin Bidin, 44, berkata beliau dan empat anggota keluarganya menarik nafas lega dan berasa amat gembira setelah dimaklumkan akan khabar baik itu.

"Kami berharap pihak berkuasa dapat menyediakan rumah sementara yang bersesuaian bagi penghuni jika masalah seumpama itu berulang," katanya.

Fauzi Salleh, 38, yang bekerja sendiri berkata beliau amat bersyukur atas pengumuman berkenaan dan telah lama mengharapkan perkara itu dapat diselesaikan dengan cepat.

"Kami bersyukur kerana dapat kembali duduk di rumah sendiri dan berharap satu tindakan jangka panjang dapat diambil supaya kejadian tanah runtuh ini tidak berulang," katanya.

Tags / Kata Kunci: Apartmen Teratai

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan