Hina Islam Akan Berterusan Jika Umatnya Tidak Bersatu - Tokoh Maal Hijrah

Diterbitkan: Sabtu, 25 Oktober 2014 5:19 PM

Sheikh Ghazali bersama ahli keluarganya selepas menerima hadiah penghargaan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1436 di PICC, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Usaha menghina agama Islam seperti penganjuran minum arak secara terbuka, Oktoberfest dan program 'I Want To Touch A Dog' akan digerakkan secara terang-terangan sekiranya umat Islam tidak bersatu, kata Tokoh Maal Hijrah 1436H Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman.


Katanya, usaha kumpulan yang berselindung di sebalik gerakan liberalisme, pluralisme dan hak asasi manusia itu hanya boleh dihalang sekiranya umat Islam bersatu dalam pandangan atau tindakan.

"Umat Islam di negara ini tidak seharusnya berbeza pendapat namun kalau ada ia harus diurus dengan baik sehingga dapat menyatukan pandangan untuk menegakkan maqasad syariah," katanya semasa berucap selepas menerima anugerah itu pada sambutan Maal Hijrah 1436H peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa di sini, Sabtu.

Beliau menerima hadiah wang tunai RM100,000, pingat penghargaan dan sijil penghargaan berbentuk plak berserta bingkai daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sheikh Ghazali yang juga Penasihat Perundangan Syariah, Jabatan Peguam Negara berkata apa yang lebih menyedihkan ialah kealpaan umat Islam hari ini telah memberi ruang kepada musuh-musuh untuk menyerang agama Islam melalui pelbagai sudut dalam media sosial.

Justeru, beliau menggesa umat Islam di negara ini untuk menolak perselisihan sehingga boleh menggugat ikatan ummah walaupun perbezaan pendapat dibenarkan dalam Islam.

"Apabila negara aman kerana tidak berlaku perpecahan, kita bersama-sama dapat melakukan amal ibadah tanpa konflik malah negara dapat merangka program pembangunan dan transformasi apabila rakyat bersatu padu menyalurkan pandangan dan bersama-sama membangunkan negara," katanya.

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Jamil Khir Baharom dalam ucapannya berkata kegagalan menguruskan perbezaan isu agama dan bangsa membolehkan negara ini terjerumus ke dalam kancah perpecahan seperti yang berlaku di beberapa negara yang lain pada masa ini.

"Justeru sempena Sambutan Maal Hijrah ini, mari kita terus mengembangkan dan menyuburkan ukhuwah sesama ummah di samping menjaga hubungan erat rakyat berbilang bangsa dengan pelbagai resam agama," katanya.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan