Sheikh Ghazali Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan - Berita Semasa | mStar

Sheikh Ghazali Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan

Diterbitkan: Sabtu, 25 Oktober 2014 2:16 PM

Najib menyampaikan hadiah kepada Sheikh Ghazali selaku Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan tahun ini.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Penasihat Perundangan Syariah Jabatan Peguam Negara, Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan Tahun 1436 Hijrah/2014.


Penganugerahan dibuat dalam Majlis Perhimpunan Maal Hijrah yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, Sabtu.

Pengumuman mengenainya dibuat oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berdasarkan kriteria tokoh yang berpengetahuan luas dan banyak memberi sumbangan kepada syiar Islam di Malaysia.

Dalam majlis itu, Sheikh Ghazali menerima wang tunai RM100,000, pingat dan sijil penghargaan yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lebih 4,000 hadir ke majlis sambutan‎ Maal Hijrah di sini yang bertemakan ‘Perpaduan Nadi Transformasi Negara’ dengan diserikan bacaan al-Quran dan persembahan nasyid.

Yang turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan