Koleksi Setem Cerita Legenda Melayu Dilancar Isnin

Diterbitkan: Sabtu, 25 Oktober 2014 11:18 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Koleksi setem yang menceritakan sejarah legenda masyarakat Melayu negara ini akan dilancarkan Pos Malaysia Berhad pada Isnin.


Koleksi yang dinamakan Cerita Legenda Melayu itu menampilkan enam  tokoh iaitu Hang Tuah, Mahsuri, Tun Teja, Merong Mahawangsa, Tun Kudu dan Tun Fatimah.

Dicetak menggunakan kertas eksklusif tera air, setem itu boleh didapati dalam tiga reka bentuk pada harga 60 sen setiap satu.

"Kami harap imej pada setem ini serta cerita di sebaliknya akan menarik minat orang ramai untuk lebih mendalami unsur sejarah membabitkan tokoh terbabit," kata Pos Malaysia dalam kenyataan pada Jumaat.

Naskhah hari pertama bersama setem akan dijual pada harga RM4.10, manakala folder (RM6) dan set lengkap bernilai RM46.10.

Untuk maklumat lanjut, sila layari pos.com.my

Tags / Kata Kunci: Pos Malaysia , setem , Hang Tuah

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan