Lawatan Ke Perth Pendek, Tapi Berhasil - Hishammuddin

Diterbitkan: Sabtu, 25 Oktober 2014 8:51 AM

(Ubah saiz teks)

PERTH: Mungkin satu lawatan yang singkat, tetapi dalam masa tiga hari berada di ibu kota Australia Barat, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berjaya melakukan apa yang telah ditetapkan.

Misi utama beliau terhadap lawatan pada Selasa adalah memastikan bahawa carian untuk penerbangan MH370 yang masih hilang tetap fokus.

Hishammuddin sibuk sejak hari pertama dengan menghadiri mesyuarat dan taklimat dengan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) dan pelbagai pihak berkuasa Australia yang lain.

Beliau juga bertemu dengan ketua penyelaras JACC yang baharu dilantik Judith Zielke, berkomentar selepas mesyuarat itu bahawa seorang wanita yang tepat telah dipilih untuk memegang jawatan itu.

Hishammuddin juga melahirkan keyakinan kepada komitmen Zielke terhadap usaha untuk mencari MH370 dan memastikan keadilan untuk MH17.

Zielke mengambil alih jawatan itu hanya baru-baru ini daripada ketua penyelaras Angus Houston.

Kemuncak lawatan beliau adalah untuk menyaksikan pelancaran kapal GO Phoenix dan peralatan carian bawah laut yang canggih, ProSAS di Freemantle Port pada Rabu.

GO Phoenix, bersama-sama dengan ProSAS Side Scan Sonar, adalah peralatan Kerajaan Malaysia sebagai tambahan kepada kapal kontrak Malaysia-Australia oleh Fugro Survey Limited.

"The Pro Synthetic Aperture Sonar atau ProSAS, yang dipasang pada kapal GO Phoenix, mempunyai kemampuan untuk mencari sehingga kedalaman 6,000 meter dan boleh meliputi sehingga 194 km persegi sehari," kata Hishammuddin.

Berdasarkan teknologi yang digunakan dan jika pencarian dilakukan di lokasi yang betul, beliau yakin dapat mencari MH370.

Hishammuddin mengakhiri lawatannya bersama pelajar-pelajar Malaysia pada malam Khamis, di mana beliau menggesa mereka  menjadi duta negara.

"Saya mahu para pelajar menjadi duta kita dalam menyampaikan maklumat yang betul, terutama berhubung tragedi baru-baru ini, termasuklah kehilangan MH370," katanya.
Tags / Kata Kunci: MH370 , GO Phoenix , ProSAS

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan