MH370 Di Selatan Lautan Hindi

Diterbitkan: Sabtu, 25 Oktober 2014 8:30 AM

Judith Zielke

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berpegang teguh terhadap keyakinannya bahawa penerbangan MH370 hilang di selatan Lautan Hindi walaupun petunjuk sebelum ini palsu, kata ketua penyelarasnya yang baharu, Judith Zielke.

Beliau berkata tugas kritikal bagi menentukan dan memperbaiki kawasan carian itu dilakukan oleh sekumpulan pakar dari pelbagai negara, sambil menambah tidak ada sebab untuk meragui kemampuan mereka.

"Mereka terlibat dalam mengemukakan dan menguji pandangan mereka berhubung di manakah kita harus melihatnya," kata Zielke dalam wawancara eksklusif dengan The Star.

Beliau berkata walaupun ramai yang tampil dengan pelbagai pendapat tentang kawasan carian pesawat, beliau tetap optimis, secara peribadi.

Ketua Emirates Airlines Tim Clark dilaporkan telah memberitahu majalah Jerman Der Spiegel bahawa misi yang dipimpin Australia untuk mencari pesawat mungkin dilakukan di kawasan yang salah.

"Dengan menggunakan data yang terbaik yang kita ada, saya percaya bahawa kita sedang mencari di kawasan yang betul. 
"Tetapi saya tidak boleh memandang rendah saiz dan skala pencarian ini, yang belum pernah terjadi sebelumnya," kata Zielke, yang berada di Malaysia untuk pertemuan dua hari dengan pihak berkuasa di sini.
Tags / Kata Kunci: Judith Zielke , JACC , MH370

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan