Tiada Lagi Petrol Subsidi Untuk Golongan Berpendapatan Tinggi

Diterbitkan: Jumaat, 24 Oktober 2014 8:25 AM

(Ubah saiz teks)

BANGI: Golongan berpendapatan tinggi perlu mula membayar petrol RON95 dengan harga pasaran, manakala mereka yang berada dalam kumpulan berpendapatan rendah akan terus menikmati kadar subsidi semasa apabila mekanisme rasionalisasi subsidi petrol dilaksanakan pada Jun.

Kadar pasaran semasa bagi RON95 adalah RM2.58 seliter, manakala harga subsidi ialah RM2.30 seliter.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, mekanisme tersebut, yang mungkin melibatkan penggunaan MyKad atau kad-kad lain, masih diperhalusi oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

"Bagi golongan berpendapatan sederhana, ada di antaranya masih akan menikmati kadar subsidi," katanya pada sidang akhbar selepas taklimat Bajet 2015 dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada pegawai-pegawai daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah serta agensi berkaitan, Khamis.

Beliau berkata adalah tidak masuk akal apabila orang yang memandu kereta mewah menikmati 75 liter petrol subsidi manakala golongan berpendapatan rendah memiliki 7.5 liter setiap kali mengisi bahan bakar.

"Apabila sistem untuk diesel subsidi bermula pada bulan Januari, kad fleet akan digunakan untuk pembelian," katanya. 

Tambahnya, kerajaan membelanjakan RM23.5 bilion subsidi bahan api pada tahun 2009.

Ketika ditanya sama ada kerajaan akan memberikan subsidi secara menyeluruh kepada semua rakyat Malaysia sehingga penggunaan tertentu dengan mengambil kira negara ini adalah negara penghasil minyak, beliau berkata masih ada masa untuk membuat kajian mengenainya dan keputusan akan diumumkan kemudian.

Beliau berkata Malaysia mengeluarkan 700 tong minyak berkualiti tinggi sehari untuk eksport manakala mengimport 600 tong minyak biasa untuk kegunaan umum.

Sementara itu, beliau berkata, kadar inflasi dijangka meningkat sebanyak 1.08 peratus dari kadar semasa 3.3 peratus (berdasarkan Indeks Harga Pengguna) selepas GST dilancarkan pada bulan April, tetapi akan turun kepada 2 peratus atau 3 peratus pada akhir tahun 2015 atau pada tahun 2016, seperti yang diramalkan oleh Bank Negara.

Alasan peningkatan sementara itu kerana cukai jualan 10 peratus ke atas stok lama ditambah dengan GST 6 peratus.
Tags / Kata Kunci: GST , petrol subsidi

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan