Penghuni Apartmen Teratai Dijangka Dibenar Pulang Ahad Atau Isnin

Diterbitkan: Jumaat, 24 Oktober 2014 10:01 PM

(Ubah saiz teks)

HULU SELANGOR: Penghuni Apartmen Teratai, Taman Bunga Raya di Bukit Beruntung di sini yang terjejas dalam insiden tanah runtuh di kawasan itu, dijangka dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing pada Ahad atau Isnin ini.

Pegawai Daerah Hulu Selangor, Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata kebenaran itu akan diberi sekiranya pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) mengesahkan tiada pergerakan tanah baharu di kawasan itu.

"Kerja pemasangan cerucuk penghadang besi oleh JKR dijangka selesai esok dan pemantauan teliti akan terus dijalankan selama 24 jam bagi memastikan tiada lagi pergerakan tanah baharu berlaku," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian pada Jumaat.

Memberi data terbaru mengenai penduduk terlibat, Ahmad Suaidi berkata 289 keluarga merangkumi 1,163 individu yang mendiami blok K dan L dipindahkan ke pusat pemindahan sementara susulan tanah runtuh yang berlaku Isnin lepas.

Menurut Ahmad Suaidi, JKR memasang kanvas di lokasi runtuhan untuk menghalang air daripada masuk.

Pihak JKR akan membuang tanah yang runtuh untuk melandaikan cerun dan mengurangkan bebanan tanah di lokasi runtuhan, katanya.

"Daripada pemantauan awal yang dibuat, struktur blok K dan L di Apartmen Teratai masih selamat didiami," kata Ahmad Suaidi.

Beliau berkata satu jawatankuasa khas dijangka dibentuk dalam masa terdekat merangkumi pihak JKR, Majlis Daerah Hulu Selangor, Jabatan Pengairan dan Saliran, Tenaga Nasional Berhad dan agensi lain yang berkaitan untuk mencari jalan penyelesaian kekal terhadap masalah tanah runtuh di kawasan itu.

Tags / Kata Kunci: Apartmen Teratai

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan