Bot Terbalik: Nelayan Selamatkan 11 Warga Indonesia

Diterbitkan: Jumaat, 24 Oktober 2014 12:43 AM

Gambar sekadar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Awak-awak warga Vietnam yang mengendalikan bot nelayan tempatan menyelamatkan 11 orang dipercayai warga Indonesia yang hanyut kira-kira 30 batu nautika dari pantai Terengganu kira-kirapukul 7 malam Khamis. 

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kapten Xavier Thevandas yang mengesahkan kejadian itu berkata dua buah bot nelayan yang berpangkalan di Chendering itu telah memaklumkan kepada pihaknya tentang perkara itu dan kini mereka dalam perjalanan menuju ke Pelabuhan Perikanan Chendering di sini. 

"Mangsa dipercayai warga Indonesia seramai 11 orang telah berjaya diselamatkan, jumlah sebenar (jika ada yang masih hilang) tidak dapat dipastikan atas faktor komunikasi," katanya kepada Bernama. 

Beliau berkata APMM sedia untuk menggerakkan asetnya untuk operasi seterusnya jika ada lagi mangsa-mangsa yang hilang ataupun perlu diselamatkan. 

Menurutnya pihak APMM belum dapat mempastikan sama ada warga Indonesia yang diselamatkan itu daripada kapal nelayan ataupun kapal dagang. 

Tags / Kata Kunci: bot terbalik , Pantai Chendering

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan