Rakyat Pemantau Terbaik - KPN

Diterbitkan: Khamis, 23 Oktober 2014 12:31 PM

Khalid (tengah) menerima lencana "Horseman" Kehormat daripada Pegawai Pemerintah Polis Berkuda PDRM, Nor Fauzi Ismawi (kanan) pada Majlis Upacara Pengiktirafan Kuda-Kuda Baru PDRM di Unit Berkuda PSP Cheras di sini, Khamis.

(Ubah saiz teks)

CHERAS: Rakyat dilihat sebagai kumpulan pemantau terbaik dalam memastikan polis di negara ini sentiasa berintegriti dan tidak terbabit dalam sebarang kegiatan jenayah atau rasuah.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, walaupun pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipantau oleh beberapa agensi dan jabatan, namun rakyat adalah pemantau kepada tindak-tanduk anggota polis secara keseluruhannya.

"Rakyat kita sekarang dengan 'smartphone', apa juga salah laku warga PDRM dia ambil gambar masuk Youtube.

"Saya rasa ini (rakyat) satu pemantau yang terbaik untuk kita. Rakyat keseluruhannya boleh memantau apa juga perkara yang melibatkan PDRM," katanya pada sidang media selepas melancarkan 30 ekor kuda baharu yang akan digunakan oleh Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di sini, Khamis.

Khalid berkata demikian sebagai mengulas cadangan penubuhan Suruhanjaya Bebas Integriti Polis (IPIC)  oleh Panel Penasihat Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) di bawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai cadangan tersebut, Khalid berkata, polis bersedia untuk melihat apa sahaja kertas cadangan yang dikemukakan dan melakukan kajian sebelum memberi sebarang ulasan.

"Sehingga hari ini saya belum terima sebarang terma atau cadangan tentang IPIC.

"Kita tunggulah apa jua syor IPIC yang ingin dikemukakan oleh badan di bawah SPRM ini..kita kaji dan buat ulasan," katanya.

Jelasnya, warga PDRM secara dalaman pada masa kini dipantau oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman yang baharu diwujudkan.

Selain itu, setiap anggota polis juga berada di bawah pemantauan  SPRM dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP).

Dalam pada itu, Khalid turut menegaskan bahawa polis tidak pernah membantah cadangan penubuhan  Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) bagi menambah baik imej polis dari pelbagai sudut termasuk rasuah.

Katanya, apa yang tidak dipersetujui dalam cadangan IPCMC adalah terma-termanya.

"Cuma kita tak bersetuju dengan terma yang diletakkan dalam IPCMC di mana tak diberi hak kepada warga PDRM seolah-olah kita ini '2nd class citizen' tak ada hak dalam undang-undang," katanya.

Tags / Kata Kunci: IPIC , IPCMC , SPRM , PDRM , JIPS

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan