PM Lancar Portal 1DANA Untuk Kemudahan Rakyat

Diterbitkan: Khamis, 23 Oktober 2014 6:41 PM

Najib Tun Razak bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan portal 1Dana di Bangunan Perdana Putra pada Khamis. Turut sama Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Inovasi Malaysia (AIM), Mark Rozario (kanan).

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Satu lagi inisiatif kerajaan - portal 1DANA -dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu bagi kemudahan rakyat serta syarikat mengetahui bantuan yang boleh diperoleh untuk aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan.

Portal sehenti itu juga membolehkan rakyat melihat semua geran dan pembiayaan untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengkomersialan yang ditawarkan oleh agensi kerajaan dan kementerian.

Dalam ucapan pelancarannya di sini, Najib berkata dengan adanya portal tersebut, ia dapat memberikan gambaran menyeluruh mengenai agensi atau kementerian mana yang perlu dirujuk untuk mendapatkan dana.

"Harap portal ini mendapat sambutan yang baik dan apa-apa maklum balas daripada rakyat akan diambil kira untuk penambahbaikan," katanya.

Portal 1DANA juga mempunyai papan pemuka yang memantau dan mengesan prestasidana yang dikeluarkan terhadap Petunjuk Prestasi Utama (KPI) negara dan juga terhadap KPI projek tertentu.

Najib berkata dalam tempoh dua tahun, kerajaan menyediakan peruntukan yang besar untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) iaitu RM2.3 bilion.

"Dalam Mesyuarat Majlis Urus Tadbir Agensi Inovasi Malaysia juga kita ada berbincang mengenai memperincikan segala peruntukan supaya menjadi faktor kejayaan iaitu daripada proses R&D kepada pengkomersialan," katanya.

Selain itu, katanya, gabungan permintaan dan pengeluaran juga perlu diberi perhatian supaya faktor kejayaan dapat ditingkatkan ke tahap lebih tinggi.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh melayariwww.1DANA.gov.my

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , 1Dana

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan