Kerajaan Negeri P.Pinang Enggan Lulus Projek Perumahan, Sukarkan Rakyat

Diterbitkan: Khamis, 23 Oktober 2014 11:20 PM

Dr Tan Chuan Hong

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Keengganan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk  meluluskan pelan pembangunan projek perumahan rakyat di negeri ini dilihat hanya akan menyukarkan rakyat memiliki rumah mengikut kemampuan mereka.

Setiausaha MCA Negeri Dr Tan Chuan Hong berkata keengganan kerajaan negeriitu juga disifatkan sebagai 'batu penghalang' bagi projek perumahan rakyat yang hendak dibangunkan oleh agensi kerajaan pusat.

"Kerajaan negeri Pulau Pinang perlu bersikap terbuka dan mengadakan perbincangan  dengan agensi kerajaan pusat dalam usaha menyelesaikan masalah teknikal berhubung projek  pembangunan rumah mampu milik termasuk projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

Kerajaan negeri tidak boleh memberhentikan usaha Kerajaan Pusat untuk melakukan  sesuatu demi kepentingan rakyat termasuk projek pembangunan di bawah PR1MA," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.

Katanya, rancangan pembangunan yang dirangka tidak boleh membiarkan pemaju menghadapi kerugian, oleh itu pembinaan sebahagian kecil unit melebihi RM500,000 adalah  satu kemestian.

Tan berkata ini bagi membolehkan pemaju mendapatkan pulangan untuk membina rumah kos rendah pada harga RM42,000, rumah kos sederhana rendah dengan harga RM72,500 termasuk pembinaan perumahan mampu milik berharga antara RM200,000 hingga RM400,000.

"Pembinaan sebahagian kecil unit perniagaan mewah adalah bagi membolehkan kerajaan pusat mendapatkan sumber daripada kelas pendapatan tinggi untuk membantu golongan  berpendapatan rendah dan sederhana, ini akan mewujudkan situasi menang-menang.

Melalui perancangan sebegini sudah tentu akan membuka peluang untuk rakyat Pulau Pinang memenuhi memiliki rumah sendiri," katanya.

Tags / Kata Kunci: MCA , Kerajaan Pulau Pinang

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan