Amaran Ribut Petir Berterusan Sehingga Pagi Ini - Berita Semasa | mStar

Amaran Ribut Petir Berterusan Sehingga Pagi Ini

Diterbitkan: Khamis, 23 Oktober 2014 9:13 AM

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man (kiri) meninjau sebuah gerai makan yang bumbungnya diterbangkan angin ribut petang semalam di Tambun Tulang dekat sini, Rabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir di perairan Miri, Sarawak dan Reef South yang dijangka berterusan sehingga pagi Khamis.

Menurut kenyataan jabatan itu, ribut petir itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter.

Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil.

Sebelum ini, Klang dan beberapa daerah di Kedah serta Perlis mengalami ribut hingga mengakibatkan kerosakan harta benda penduduk.
Tags / Kata Kunci: ribut , petir , Reef South
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan