RM1 Juta Untuk Laksana Hudud Di Kelantan - Ahmad Yakob - Berita Semasa | mStar

RM1 Juta Untuk Laksana Hudud Di Kelantan - Ahmad Yakob

Diterbitkan: Rabu, 22 Oktober 2014 3:33 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Kelantan memperuntukkan RM1 juta bagi memastikan kelancaran pelaksanaan hukum hudud di negeri itu pada tahun depan.

Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob berkata, menerusi laman Facebooknya berkata, undang-undang tersebut dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat.

"Peruntukan RM1 juta sebagaimana bajet lepas diteruskan untuk menjayakan pelaksanaan tersebut. Pelaksanaan Kanun jenayah Islam yang kita tumpukan ini adalah semata-mata kita inginkan keredhaan Allah di bumi Kelantan," katanya.

Baru-baru ini, jawatankuasa untuk memperincikan Kanun Jenayah Syariah II di Kelantan yang diketuai Datuk Takiyuddin Hassan berkata, enakmen tersebut hampir 90% siap untuk dibentangkan di Parlimen pada tahun depan bagi membolehkan ia dilaksanakan di negeri itu.

Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Ti Lian Ker berkata PAS belum bersedia untuk melaksanakan hukum hudud dan membuat kesimpulan terlalu awal dalam mendesak pelaksanaan undang-undang itu di Kelantan.
Tags / Kata Kunci: hukum hudud , Kelantan , Ahmad Yakob

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan